VIRAL! LELAKI INI MENGEMBARA SOLO DENGAN YAMAHA KAMBING SEJAUH 700 KM - MalaysiaUnfold

Breaking

Saturday, January 09, 2021

VIRAL! LELAKI INI MENGEMBARA SOLO DENGAN YAMAHA KAMBING SEJAUH 700 KM

Hantaran seorang pengguna Facebook yang memuat naik video pengembaraan secara solo menaiki motor Yamaha Y80 3 hari 2 malam dari Kuala Lumpur ke utara tanah air telah mengagumkan netizen.
Encik Shaizwan Desa, seorang pengurus syarikat logistik, telah memuat naik video beliau tersebut di Facebook dan menerima 1300 likes dalam masa sehari, serta 1000 shares dan 44000 views. Yang menariknya, sepanjang perjalanan beliau hanya membawa kelajuan 70 km sejam sahaja! Menurut beliau, motor ini senang jammed jika dipulas secara berlebihan. Tayar belakang akan melekat terus.

Hari pertama, beliau memulakan perjalanan dari Gombak ke Penang dan mengambil masa 12 jam kerana faktor hujan.

Pada hari kedua, beliau meneruskan perjalanan di sekitar Pulau Pinang dan Sungai Petani. 




Hari ketiga, beliau bergerak pulang dari Sungai Petani, Kedah ke Gombak yang  mengambil masa 10 jam.

Menurut beliau, asalnya ia sekadar suka suka tetapi datang pula semangat untuk mencabar diri sendiri. Beliau seterusnya mempersiapkan motor kesayangan beliau itu, cuba "resepi" terbaik dan hasilnya amat membanggakan. Menurut beliau, perjalanan dari Gombak ke Changkat Jering menuju ke Juru agak membosankan.

"Nampak saja signboard Juru tu terus semangat datang, padahal hujan masa tu dari highway sampai ke Penang bang. Bila atas jambatan tu rasa excited sebab first time bawak motor atas tu, sebelum ni drive je. Seronok tu tak dapat gambarkan, sampai hotel susah nak tidur, seronok apa entah. Hilang penat."

Beliau yang sudah beristeri, ditanya adakah isterinya memberi sokongan dan merestui minat beliau. Jawab beliau,

"Ya, dia risau tapi dia tau minat saya. Sepanjang perjalanan buka live location. Asalnya saya malas juga nak ride jauh ni tapi dia paksa sebab takut saya menyesal tak cuba. Tengah kuat, masih muda ni baik buat, macam tu lah dia kata."

Semoga kejayaan dan kisah menarik beliau ini menjadi inspirasi kepada anak muda yang meminati dunia permotoran agar disalurkan minat itu ke arah yang positif. Selamat maju jaya Encik Shaizwan Desa! Video beliau boleh tonton di Fb beliau iaitu Shaizwan Desa


Join our Telegram Channel
Telegram