Najib buat Pusingan U? - MalaysiaUnfold

Breaking

Monday, February 03, 2020

Najib buat Pusingan U?


Sesi petang semalam membuka tirai dengan sesi re-examine daripada pihak peguambela, Farhan Read dan disambung oleh Harvinder Singh.

Timbul persoalan adakah DS Najib Razak membuat “pusingan U” seperti laporan media mengenai kenyataan beliau pada 9 Januari 2020 bahawa adanya komunikasi dengan Jho Low dalam hal pengurusan akaun AmBank beliau. Pada 9 Januari, ketika dicadangkan oleh DPP Sithambaram mengenai perkara ini, DS ada menyebut beliau ada berhubung dengan Jho Low untuk memastikan ceknya dapat ditunaikan. Transkrip seperti dibawah.

Sithambaram: Saya katakan bahawa dalam perbualan ini menunjukkan ada beberapa keadaan Jho Low berhubung dengan kamu bagi memastikan transaksi cek ini.

Najib: Dalam kebanyakan masa melalui bekas Ketua Setiausaha Sulit saya, Allahyarham Datuk Azlin Alias.

Sithambaram: Tetapi Jho Low ada berurusan dengan kamu.

Najib: Ada beberapa kali tapi jarang sangat.

Seperti sedia maklum, DS Najib mengakui Jho Low adalah orang pengantara dalam urusan derma dan sumbangan dari pihak Saudi kerana hubungan akrab beliau dengan kerabat diraja Saudi. Di dalam perkara ini, boleh ditafsirkan komunikasi antara DSN dan Jho Low adalah persoalan mengenai adakah dana dari Saudi sudah masuk serta mencukupi untuk beliau mengeluarkan cek bagi tujuan CSR.

Ia disahkan semasa pemeriksaan semula oleh peguam belanya, Harvinderjit Singh. Najib berkata, beliau hanya berhubung dengan Jho Low berkaitan dengan sumbangan derma oleh Arab Saudi ke dalam akaunnya.

Harvinderjit: Dalam proses perbicaraan tahun lalu, bekas pengurus perhubungan Ambank, Joanna Yu menyatakan hubungan dengan Jho Low dalam mengurus akaun anda. Jho Low menerusi log perbualan dengan Joanna mengambarkan bahawa dia telah menerima teks daripada anda berhubung kad kredit (perbelanjaan).

Adakah anda berhubung dengan Jho Low mengenai pengurusan akaun anda ?

Najib: Tidak

Harvinderjit: Mengapa Joanna berurusan dengan Jho Low walaupun Jho Low tidak mempunyai kuasa untuk mengurus akaun anda?

Najib: Anda harus bertanya hal ini dengan Joanna.

Di dalam keterangan lain beliau sebelum ini, jelas DSN secara konsisten menegaskan bahawa hanya Arwah Dato Azlin dan Nik Faisal adalah pemegang mandat dalam pengurusan akaun beliau, bukan Jho Low atau individu lain. Beliau juga tidak mengenali atau melantik Joanna Yu, bekas Pengurus Perhubungan (RM) AmBank yang berurusan dengan Jho Low dan Nik Faisal didalam pengurusan akaun ini.

Mungkin ada sedikit kekeliruan didalam pertanyaan DPP yang kemudiannya disalah tafsir oleh media bahawa DS Najib berkomunikasi dengan Jho Low dalam pengurusan akaun beliau. Tidak pernah didalam mahkamah ditunjukkan bukti komunikasi ini berlaku, yang ada hanyalah bukti komunikasi BBM antara Joanna Yu dan Jho Low yang menggunakan nama DS Najib kononya memberi arahan kepada Jho Low.

Contohnya seperti ketika menjawab soalan peguam bahawa kedua-dua Nik Faisal dan Jho Low tidak mengikut nasihat Joanna supaya tidak mendepositkan wang dalam bentuk wang tunai, Joanna berkata: “mereka tetap hantar wang tunai.”

Ditanya oleh peguam sama ada semua transaksi kewangan itu adalah atas arahan Jho Low, saksi itu berkata: “Ya, dia (Jho Low) terbabit dan dia berkata akaun itu adalah akaun MNR (MNR merujuk kepada Mohd Najib Razak).”

Jelas, Joanna Yu juga tidak berhubung dengan DS Najib, tetapi Jho Low.

Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Joanna kepada Harvinder Singh pada 5 Ogos 2019,

Harvinderjit: Adakah kamu bersetuju jika semasa kamu berurusan dengan Jho Low, kamu mempunyai perasaan syak yang kuat bahawa beliau (Jho Low) tidak berkomunikasi dengan pemegang akaun (Najib), kamu akan memaklumkannya kepada bank.

Yu: Saya akan memaklumkannya kepada (bekas pengarah urusan kumpulan Ambank Group) Cheah Tek Kuang.

Harvinderjit: Dan kamu akan menjadi amat, amat keberatan untuk berurusan dengan Jho Low bagi perkara yang berkait dengan akaun (akaun Najib) itu?

Yu: Ya.

Harvinderjit: Tetapi kamu tidak mempunyai perasaan syak yang kuat. Tidak sehingga sekurang-kurangnya 2014, 2015.

Yu: Apabila kami memberitahunya (Jho Low) untuk menutup akaun (Najib) itu.

Melalui log perbualan antara Yu dan Jho Low yang dirujuk Harvinderjit menunjukkan bahawa Najib enggan menutup akaun ketiga-tiga akaun semasa peribadi miliknya walaupun didesak Yu.

Dalam perbualan itu, Jho Low membalas desakan Yu untuk menutup akaun dengan berkata; Tanya MNR ( Mohd Najib Razak), dia tidak mahu akaun ditutup. (sumber: Berita Harian)

Jadi kesimpulannya, adakah Najib membuat pusingan U mengenai perkara ini? Tidak.

RFL

Join our Telegram Channel
Telegram