Menurut beliau, KKM sudah membuat permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Dalam keadaan sekarang, pihak JPA mempertimbangkan yang terbaik untuk membantu KKM.
Dato' Seri Dr. Adham Baba berkata, berdasarkan anggaran keperluan anggota tambahan sebulan KKM memerlukan 6,075 Jururawat, 900 Penolong Pegawai Perubatan, 750 Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) serta 600 Pakar.
Katanya KKM turut memerlukan 600 Pembantu Kesihatan Awam, 480 Pegawai Perubatan , 450 Pemandu KKM dan 375 Juruteknologi Makmal Perubatan. Manakala lain-lain anggota termasuk 150 Juru X-Ray, diperlukan dan masing-masing 75 Pembantu Perawatan Kesihatan dan 75 Pegawai Farmasi.
Sementara itu, Timbalannya Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata setakat ini 3,591 petugas kesihatan sudah diluluskan. Pengambilan baru itu sedang diuruskan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Beliau berkata KKM turut memohon penyambungan kontrak pegawai sedia ada dan perkara itu kini dalam pertimbangan JPA.
SUMBER: KKM
Join our Telegram Channel