Hakim Larang Najib Buat Hantaran Media Sosial - MalaysiaUnfold

Breaking

Thursday, January 07, 2021

Hakim Larang Najib Buat Hantaran Media Sosial

Kuala Lumpur - Permohonan pasukan pendakwaan kes 1MDB untuk melarang Dato Seri Najib Tun Razak menulis perkara berkaitan kes 1MDB dan Tan Sri Zeti diluluskan oleh Hakim Collin Lawrence. Hakim Collin menerima permohonan pasukan pendakwaan itu dengan mengeluarkan amaran (stern warning) supaya Najib tidak membuat sebarang hantaran mengenai Zeti di media sosial termasuk Facebook.

Hujah pasukan pendakwaan adalah Zeti termasuk dalam senarai saksi pendakwaan yang akan dipanggil, sebarang kenyataan berbentuk serangan terhadap saksi dikira sebagai subjudis. 



Hakim meminta Najib supaya menghormati perjalanan mahkamah. 

Hujah pasukan pembelaan ditolak kerana kenyataan kenyataan Zeti sebelum ini terhadap Najib kononnya beliau tidak tahu kemasukkan duit tersebut ketika beliau tidak dipanggil sebagai saski kes SRC, maka ianya tidak bersifat subjudis, walaupun ketika kemasukkan wang derma tersebut berlaku ketika Zeti menjawat jawatan Gabenor Bank Negara.

Secara logiknya hujah pasukan pembelaan, adalah mustahil Zeti tidak tahu perkara tersebut kerana beliau yang menasihati Najib supaya membuka akaun persendirian bagi menerima dana tersebut.


Join our Telegram Channel
Telegram