KERAJAAN PN HILANG MAJORITI SELEPAS JAZLAN TARIK SOKONGAN - MalaysiaUnfold

Breaking

Saturday, January 09, 2021

KERAJAAN PN HILANG MAJORITI SELEPAS JAZLAN TARIK SOKONGAN

Kelantan - Ahli Parlimen Machang dari Barisan Nasional, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, mengumumkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri berkuatkuasa hari ini.
Beliau yang juga merupakan Pengerusi UMNO Negeri Kelantan mengumumkan perkara demikian dalam sidang media sebentar tadi. Penarikan sokongan ini bermakna kerajaan PN kini hanya mempunyai 110 kerusi dan akan hilang sokongan majoriti dalam masa terdekat.

Gagasan politik yang membabitkan tiga gabungan parti besar dalam kerajaan, iaitu Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum ini mempunyai 112 kerusi pada Disember lalu.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Gua Musang dari BN, Tengku Razaliegh Hamzah telah beberapa kali menyatakan akan menarik semula sokongan terhadap kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Kedudukan Aahli Parlimen yang menyokong dan tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional sekarang adalah sama, iaitu 110. 2 ahli Parlimen telah meninggal dunia iaitu Batu Sapi dan Grik. Ini menjadikan kerajaan pimmpinan Muhyiddin semakin tidak selamat.

Sumber: Cinca

Join our Telegram Channel
Telegram