"Maka pada masa itu ayahanda memberi fokus besar kepada pembangunan luar bandar.Ayahanda gunakan segala sumber dan jentera kerajaan yang ada untuk menjayakannya.Dari perladangan ke perniagaan kecil-kecilan serta pembangunan infrastruktur, kesemuanya diusahakan bersama penduduk kampung dan diberikan kepada masyarakat di luar bandar.
Pada masa itu, boleh dikatakan hampir keseluruhan Malaysia ditakrifkan sebagai luar bandar. Penerima manfaatnya bukanlah generasi pada masa itu kerana pembangunan baru bermula.
Penerima manfaatnya adalah generasi kedua dan ketiga pada masa ini. Kesusahan, pengorbanan, dan usaha generasi datuk-datuk dan nenek-nenek kita dahulu membawa perubahan hidup kepada generasi-generasi hari ini dan akan datang.
Saya tahu walaupun dalam pembangunan yang stabil pada 2009-2018, terdapat juga kesusahan rakyat yang perlu ditangani.
Maka pada masa itu, saya tetap meneruskan agenda ayahanda dan nadi perjuangan Barisan Nasional dengan memperkenalkan pelbagai kebajikan rakyat.
Dari kesihatan awam, pendidikan, perumahan mampu milik, bantuan kebajikan masyarakat bulanan, elaun nelayan dan petani, geran pekebun kecil, sehinggalah kepada bantuan secara langsung kepada keluarga-keluarga. Saya sediakan kebajikan dan jaring keselamatan sosial (social safety net) yang menyeluruh."
Beliau turut memetik kata kata Tun Razak yang berbunyi,
“unless we restore power to where it properly belongs, and to the people through Parliament, all the struggle for independence, the struggle against Communism, all that will have been in vain.” Tun Razak, 1971.
Luahan penuh Najib boleh ikuti di sini FB Najib Razak
Join our Telegram Channel