Nampak macam negara kena tipu dengan Muhyiddin - Shahrir Samad - MalaysiaUnfold

Breaking

Thursday, January 14, 2021

Nampak macam negara kena tipu dengan Muhyiddin - Shahrir Samad

Johor Baharu - Ketua UMNO Bahagian Johor Baharu, Tan Sri Shahrir Samad mendakwa proklamasi darurat yang dibuat oleh kerajaan berkemungkinan telah ditipu oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dakwaan itu dibuat dalam satu komen di hantaran seorang pengguna Facebook , Azwan Bin Omar yang menulis,

"Ini bermakna Darurat ini memberi kuasa kepada Kerajaan untuk mengambil langkah-langkah PERLU untuk membendung wabak ini termasuklah pengisytiharan ordinans-ordinans Darurat bagi mengumpul dan menggunakan sumber-sumber lain bagi membantu KKM dan MKN dalam usaha ini. Tidak pula dinyatakan di dalam Kenyataan Istana Negara secara jelas dan nyata bahawa PERLU digantung Parlimen dan lain-lain institusi politik?

Dulu pun ada Darurat Jerebu, dan tidak perlu Parlimen digantung. Sumber2 untuk menangani Jerebu boleh dikumpulkan. Tapi Perutusan Perdana Menteri kata Parlimen digantung? Betul ker tipu nie? Selagi perkara ini tidak dijelaskan secara tuntas dan jelas oleh Kerajaan, khususnya Peguam Negara, ramai keliru. Jangan main-main soal darurat. Check mate lah, apa lah, sebab perutusan PM tu seolah-olah macam melangkaui apa yang Seri Paduka Baginda sendiri."

Shahrir kemudian memberi komen seperti ini,
Shahrir,71 ditahan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Januari 2020 selepas hadir memberi keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Pertuduhan dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan tidak mengisytiharkan pendapatan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Razak.

Mengikut pertuduhan, Shahrir dikatakan gagal mengisytihar pendapatan itu melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad berjumlah RM1 juta pada 27 November 2013.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-dua sekali. Mahkamah memerintahkan Shahrir membayar wang jaminan sebanyak RM350,000 bersama seorang penjamin termasuk menyerahkan pasport kepada mahkamah.


Join our Telegram Channel
Telegram