DAP cadang KJ ganti Adham Baba sebagai Menteri Kesihatan - MalaysiaUnfold

Breaking

Friday, February 05, 2021

DAP cadang KJ ganti Adham Baba sebagai Menteri Kesihatan

Senator DAP Liew Chin Tong hari ini mendesak kerajaan Perikatan Nasional (PN) menukar Menteri Kesihatan Adham Baba dengan individu yang lebih layak.
"Kita tidak tahu di mana perginya menteri kesihatan dan beliau dilihat sebagai tidak layak untuk mengetuai kementerian yang paling penting ketika negara sedang memerangi wabak Covid-19,” katanya.

Liew secara khusus menyebut nama penasihat kesihatan perdana menteri, Jemilah Mahmood dan Khairy Jamaluddin yang kini menjawat jawatan menteri sains, teknologi dan inovasi.


"Sekiranya ia memerlukan lantikan politik daripada Umno, demi mengelakkan masalah politik, sekurang-kurangnya Khairy Jamaluddin nampak jauh lebih berkebolehan daripada Adham Baba.

"Secara peribadi, saya meminta perdana menteri untuk melantik Khairy sebagai menteri kesihatan.

“Jika kerajaan hanya memberi Khairy portfolio imunisasi tanpa sokongan penuh daripada birokrasi Kementerian Kesihatan, ia seolah-olah mahu melihat beliau gagal," katanya.

Di

a merujuk pelantikan Khairy sebagai menteri penyelaras program imunisasi Covid-19 Kebangsaan, semalam. Artikel penuh di Malaysiakini

Join our Telegram Channel
Telegram