“Kami tinggal di ‘neraka’ sejak lima tahun lalu,” kata Anparasan kepada FMT.
Dia mencadangkan pemasangan: Sistem kad akses hanya membenarkan kemasukan penghuni yang membayar yuran penyelenggaraan; Kamera litar tertutup (CCTV) di 32 lokasi strategik; Jaring di setiap tingkat untuk menghalang pembuangan sampah; dan Dua pam air untuk menggantikan pam yang sering rosak.
Cadangan itu dikemukakan sendiri oleh Anparasan, yang secara sukarela memegang jawatannya kerana tiada penghuni lain sudi.
Dia juga mencadangkan semua enam lif, yang sering rosak, diperbaiki secara tetap. Semua lif itu tidak berfungsi semalam.
Penduduk “nakal” terus mencampak sampah ke kawasan konkrit di antara dua blok tersebut. Beg plastik sampah itu akan pecah dan bau busuk daripadanya mencemarkan udara.
Penghuni flat itu berkata, sekali sekala sebungkus sampah akan “jatuh dari langit”, terutama pada tengah malam. Terdapat juga botol kaca dan kadang-kadang almari kayu.
Penghuni memberi amaran kepada wartawan FMT supaya tidak berada lama di koridor kerana kebocoran daripada sampah yang jatuh sering terpercik kepada orang yang lalu-lalang....
Read more: Cinca
Join our Telegram Channel