Presiden Makkal Sakti buat laporan terhadap Tommy Thomas. - MalaysiaUnfold

Breaking

Friday, February 05, 2021

Presiden Makkal Sakti buat laporan terhadap Tommy Thomas.

BUTTERWORTH - Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, Ybhg Datuk Seri RS Thanenthiran bersama Peguam, Dr. Shamsher Singh Thind telah membuat satu laporan polis di IPD Balai Polis Butterworth terhadap Tan Sri Tommy Thomas.


Ia berkenaan buku yang diterbit “My Story: Justice in the Wilderness”, yang secara sah menyatakan komplot untuk menjatuhkan DS Najib Razak atas tuduhan kes 1MDB & SRC.

Menurut Presiden, laporan polis ini adalah sesuatu yang perlu kerana sebagai seorang Bekas Peguam Negara, Tommy Thomas sepatutnya mengikuti profesionalisme sebagai “LAWMAN” yang berpengalaman dalam mengendalikan kes – kes yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Ia juga merupakan sesuatu yang melanggar etika kerja seorang penjawat awam yang sengaja memburuk burukkan seseorang individu untuk kepentingan mereka yang lain.


Kuasa Yang diberikan kepada Tommy telah disalahguna apabila terbaca kata katanya (Tommy) di dalam buku itu, bagaikan katak yang tertangkap hanya kerana mulutnya sendiri Turut bersama Timbalan Ketua Pemuda Kebangsaan, Saudara Logendhiran.

Subscribe Telegram Malaysia Unfold untuk berita terkini di:t.me/Malaysiaunfold

Join our Telegram Channel
Telegram