Khalid Samad tidak tahu protokol? - MalaysiaUnfold

Breaking

Sunday, February 02, 2020

Khalid Samad tidak tahu protokol?




Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad didalam satu twitnya berkata,

"Pagi ini saya mengucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong untuk titah sempena Hari wilayah Persekutuan..."



Sebagai seorang menteri dan juga Ahli Parlimen untuk beberapa penggal, kesilapan protokol ini tidak seharusnya berlaku.

Sebagai tanda ucapan terima kasih kepada DYMM YDPA atau Sultan, ayat yang sesuai adalah,



"Patik merafak sembah serta menjunjung kasih.."

Disamping itu ketika ditanya mengenai status pemilikan tanah Kammpung Baru, beliau menjawab,

"Tidak menaikkan harga. Harga yang diberikan sememangnya sudah tinggi seperti yang disebut oleh pihak Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).



"Pihak mereka sudah meletakkan penilaian yang mana mereka meletakkan RM650 hingga RM850 tetapi saya telah mengatakan RM1,000 setiap kaki persegi dengan RM150 diberikan dalam bentuk saham," jelasnya.

Sebelum itu Khalid dengan bangganya berkata,




“Jadi, sekarang ini Agong sudah sokong, Sultan Selangor pun sudah menyatakan sokongan.Lalu yang mana (pihak) nak gunakan semangat Melayu, saya harap tuan-tuan semua semak fakta. Ini bukan merugikan Melayu, tetapi menguntungkan mereka,"

Persoalannya, adakah penganiyaan dari segi penilaian harga tanah kepada penduduk di Kampung Baru ini mendapat sokongan YDPA dan Sultan Selangor?



Join our Telegram Channel
Telegram