Wajarkah Pakatan Nasional? - MalaysiaUnfold

Breaking

Monday, February 03, 2020

Wajarkah Pakatan Nasional?


KINI bukan khabar angin lagi bahawa ada gerakan untuk menyatukan UMNO , PAS bersama-sama Tun Dr Mahathir. Perkara ini lebih jelas apabila Presiden UMNO sendiri telah mencadangkan supaya UMNO bersama-sama mengikuti PAS untuk bergabung dengan Mahathir. Menurut sumber, gabungan yang baru itu akan dinamakan "Pakatan Nasional".

Menurut pendedahan seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dato Lokman Adam, Dato' Sri Ahmad Zahid Hamidi hari ini tiba-tiba muncul dalam mesyuarat Jawatan Kuasa Perhimpunan Muafakat Nasional UMNO yang dipengerusikan oleh Dato' Sri Tajuddin Abd Rahman.



Didalam ucapan itu, beliau telah menyatakan 4 sebab utama kenapa beliau mahu UMNO berkerjasama dengan Mahathir

Pertama, alasannya hendak menjaga Muafakat Nasional, disebabkan PAS hendak kerjasama dengan Mahathir, UMNO kena ikut supaya tidak ketinggalan.

Kedua, Zahid berkata kalau tidak berkerjasama dengan Mahathir, UMNO tak boleh selesaikan masalah Bossku (DS Najib Razak) yang kini dibuli dan difitnah oleh Pakatan Harapan.

Ketiga, sekarang kuasa ditangan Mahathir. Sudah ada diatas meja seorang yang sangat berkuasa untuk mengharamkan UMNO.

Keempat. Zahid berkata lagi, beliau boleh saja menggunakan kuasa vetonya sebagai Presiden UMNO untuk berkerjasama dengan Tun Mahathir. Sebaliknya beliau menyerahkan keputusan untuk dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Apakah pendirian akar umbi UMNO? Wajarkah MUAFAKAT NASIONAL bersama dengan Tun Dr Mahathir menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP?

Kredit: https://tun-carlos.blogspot.com

Join our Telegram Channel
Telegram