"Seperti yang dijanjikan, petang tadi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui peguam kami Saudara Nik Saiful Adli Pok Nik Li yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia telahpun memulakan prosedur SAMAN YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan menghantar Notis Tuntutan Permohonan Maaf atas kenyataan fitnah beliau di laman Facebook yang mengaitkan UMNO dengan insiden lari lompat pagar meninggalkan ibu dan penyokong-penyokong kamu di Johor baru-baru ini. Kegagalan kamu wahai YB Syed Saddiq menjawab notis ini dalam tempoh 3 HARI, maka Notis Saman pula akan menyusul. “Terlajak Perahu Boleh Diundur Terlajak Kata Buruk Padahnya”
Tuntutan saman ini dibuat kerana tuduhan melulu Saddiq terhadap PPUM didalam insiden di Johor Bahru baru baru ini. Dalam kejadian itu, telah viral gambar Saddiq memanjat pagar kononnya lari dari kepungan segerombolan pemuda ketika rapat umum pemilihan parti beliau.
Lebih mengejutkan, kejadian lompat pagar itu menurutnya adalah atas nasihat pihak polis. Timbul persoalan adakah ini adalah SOP pihak polis dalam melindungi ancaman terhadap menteri dan pemimpin negara yang lain? -MalaysiaUnfold
Join our Telegram Channel