KUALA LUMPUR - Hari ke 73 kes SRC hari ini adalah sesi re-examine pihak peguambela dari sesi cross examine pihak pendakwaan yang tamat 2 minggu lepas.
Sesi dimulakan dengan penafian DS Najib Razak terhadap cubaan mengaitkan beliau kononnya memberi arahan kepada Nik Faisal untuk memasukkan RM42 juta ke dalam akaun beliau. Beliau juga bersumpah dengan lafaz Wallahi Wabillahi Watallahi untuk menguatkan penafian beliau berdasarkan ajaran Islam.
Disamping itu, beliau juga sekali lagi menegaskan beliau tidak mengarahkan Tan Sri Wan Abdul Aziz dan investment panel KWAP untuk meluluskan pinjaman kepada SRC.
Investment Panel KWAP adalah satu satunya pihak yang boleh meluluskan perkara ini berdasarkan lunas undang undang, waima pihak kemeterian kewangan pun tidak boleh overule perkara ini.
Diakhir sesi pagi tadi, DSN secara berseloroh berkata beliau bukanlah bodoh walaupun beliau bukanlah “manusia paling pandai” untuk mencuri duit anak syarikat kementerian kewangan dan memasukannya ke dalam akaun persendirian.
Tindakan bodoh itu sudah pasti akan diketahui oleh Bank Negara dan pihak lain serta akan menyusahkan dirinya sendiri. -MALAYSIAUNFOLD
Join our Telegram Channel