Adakah pelantikkan Ahmad Maslan sebagai Setiausaha Agung BN sah? - MalaysiaUnfold

Breaking

Saturday, January 16, 2021

Adakah pelantikkan Ahmad Maslan sebagai Setiausaha Agung BN sah?

Baru baru ini, negara kecoh berkaitan politik dalaman UMNO dan BN setelah Tan Sri Annuar Musa digugurkan atau dipecat dari jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional.
Beliau telah digantikan oleh Dato Seri Ahmad Maslan yang juga Setiausaha Agung UMNO setelah berakhirnya mesyuarat Bahagian Bahagaian UMNO seluruh Maalaysia.

Jawatan SU BN ini secara tradisinya disandang oleh SU UMNO.

Bagaimanapun, pengguguran Annuar Musa sebagai SU BN ini mendatangkan beberapa persoalan. Adakah kerana,

1. Annuar telah melanggar disiplin parti kerana mengkritik Presiden UMNO secara terbuka?

2. Annuar mendahului Presiden UMNO yang juga pengerusi BN dalam setiap tindakkan beliau?

3. Annuar mendedahkan rahsia parti kepada umum?

Angin bertiup kencang mengatakan Annuar digugurkan setelah mendedahkan rahsia parti kepada umum. Apakah rahsia tersebut? Ya, cubaan Presiden UMNO untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam PRU15 akan datang. Antara yang didedahkan Annuar adalah,

- Beliau menerima laporan wujud gerakan daripada UMNO untuk bekerjasama dengan DAP termasuk membentuk kerajaan baharu.

- Rundingan itu melibatkan beberapa pimpinan tertinggi UMNO yang tidak dimaklumkan kepada parti.

- Wujud surat sokongan yang ditandatangani oleh pemimpin tertinggi UMNO kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

- Antara isi kandungan surat sokongan yang dihantar kepada Yang Dipertuan Agong itu adalah untuk menjatuhkan kerajaan PN.

- Semakan dengan beberapa pihak mendapati surat tersebut adalah tulen.

Tetapi, adakah pengguguran ini terjadi selepas atau sebelum pendedahan tersebut? Pendedahan Annuar dibuat pada 6 Januari 2021 setelah pengumuman dibuat oleh Ahmad Maslan melalui facebooknya pada 5 Januari 2021,
Ini bermaksud, pengguguran sebelum pendedahan tersebut dibuat.

Yang lebih menjadi persoalan, tiada kenyatan rasmi dari Presiden yang juga Pengerusi BN, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan pelantikkan Ahmad Maslan ini. Kenyataan pada 5 Januari 2021 oleh SU UMNO tidak lansung menyebut perkara ini tetapi hanya membicarakan setiap usul bahagian akan diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan 31 Januari ini.
Persoalan ini wajar dibincangkan kerana sebelum ini, pernah terjadi kes serupa bila Dato Seri Nazri Aziz, Ahli Parlimen Padang Rengas dilantik sebagai setiausaha agung Barisan Nasional (BN) menggantikan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyandang jawatan itu sejak 2009.

Pelantikkan itu diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam majlis perasmian Perhimpunan Agung MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 27 Oktober 2018.
Ditanya kenapa jawatan itu tidak diberikan kepada Setiausaha Agung Umno ketika itu, Tan Sri Annuar Musa, Nazri berkata, Zahid mahu memastikan agenda Umno tidak menjadi agenda BN.

“Kalau setiausaha agung Umno jadi setiausaha agung BN, nampak dia akan bawa agenda Umno.

“Ia seharusnya berbeza, jadi saya percaya disebabkan itu dia (Zahid) ambil orang yang berlainan untuk jadi setiausaha agung BN supaya agenda saya menjadi agenda BN, bukan Umno punya agenda.”

Bagaimanapun pada Mac 2019, Timbalan Pengerusi BN, Dato Seri Mohammad Hassan berkata pelantikan jawatan dalam barisan kepimpinan tertinggi BN perlu mengikut perlembagaan dan mendapat konsensus Dewan Tertinggi parti.

"Tengku Adnan tidak pernah letak jawatan dan tidak pernah dibawa ke mesyuarat Dewan Tertinggi BN berkaitan pelantikan setiausaha agung yang baharu (Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz).

"Pelantikan Mohamed Nazri tidak diperakui dan tidak dibawa ke (Dewan Tertinggi) BN... dalam BN ia (pelantikan) mesti dibawa ke mesyuarat, mesti dicadang dan disokong," katanya kepada kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato Onn.

Isu ini terjadi bila MCA dan MIC dalam kenyataan bersama membuat ketetapan bahawa pelantikan Mohamed Nazri sebagai Setiausaha Agung BN adalah tidak mengikut perlembagaan parti gabungan itu. Pertikaman lidah antara dua parti itu dengan Nazri tercetus susulan kenyataannya berkenaan sekolah vernakular ketika kempen PRK Semenyih.

Sekiranya sejarah ini diambil kira, maka Tan Sri Annuar Musa masih lagi menyandang jawatan SU BN, dan bukanlah Dato Seri Ahmad Maslan. Maka bilakah pelantikkan ini akan dibuat secara rasmi? Sama sama kita nantikan.

Subscribe Telegram Malaysia Unfold untuk berita terkini di: t.me/Malaysiaunfold

Join our Telegram Channel
Telegram