Muhyiddin nafi peruntukkan RM35 juta untuk dewan di Pagoh - MalaysiaUnfold

Breaking

Saturday, January 16, 2021

Muhyiddin nafi peruntukkan RM35 juta untuk dewan di Pagoh

Putrajaya - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan peruntukkan RM35 juta untuk dewan di Pagoh hanya melibatkan sebuah dewan sahaja.
Dalam kenyatan bertulis dari Pejabat Perdana Menteri, peruntukkan tersebut melibatkan pembinaan untuk 3 buah dewan iaitu Dewan Gersik, Tangkak (RM 16.3 juta), Dewan Masyarakat Bukit Pasir, Muar (RM 16.6 juta) dan Pusat Komuniti Bukit Kepong, Muar (RM 5.77 juta).


Semalam, telah viral sebuah surat kepada Ketua Pengarah Kerja Raya mengenai kelulusan peruntukkan tersebut.
Rata rata rakyat melihat perkara itu tidak sepatutnya terjadi dikala negara perlu berjimat cermat serta sedang bertungkus lumus melawan pandemik Covid 19.

Seorang pengguna Facebook, Syed Agil Jamalulail mempertikaikan peruntukkan tersebut,

"Bajet utk semua kementerian dipotong sana sini utk disalurkan kpd usaha melawan covid, tapi ... Rm30 juta boleh buat taska utk anak2 frontliners seluruh negara, atau tambah lagi katil kuarantin di MAEPS yg dah full capacity, atau tambah ventilators tapi krjaan PN buat dewan je tu pun di pagoh je"

Pejabat Perdana Menteri kesal dengan penyebaran surat tersebut dan merasakan ini tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Subscribe Telegram Malaysia Unfold untuk berita terkini di: t.me/Malaysiaunfold

Join our Telegram Channel
Telegram