Harimau Menangis: Tak mahu orang tiru kami - Ibu Neelofa - MalaysiaUnfold

Breaking

Thursday, January 14, 2021

Harimau Menangis: Tak mahu orang tiru kami - Ibu Neelofa

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Syarikat Noor Khan Enterprise milik Noor Kartini Noor Mohamed tampil memberikan penjelasan berhubung isu permohonan cap dagangan Harimau Menangis keluaran Aunty Tini Kitchen melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Menerusi satu kenyataan pada Rabu, syarikat itu memaklumkan bahawa permohonan tersebut dilakukan bagi melindungi penggayaan, susun atur grafik, kod warna dan tulisan perkataan ‘Harimau Menangis’ pada bungkusan produknya.

“Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan sebarang produk tiruan dalam pasaran yang boleh menyebabkan masalah kepada pihak kami dan pengguna di luar sana."

Rata rata netizen marah dengan kata kata ibu Neelofa dalam sebuah video kerana daging harimau menangis ini sudah dijual sekian lama di seluruh negara terutamanya di utara tanah air.

Belum reda kisah pertunangan Neelofa dan PU Riz, timbul pula kontroversi ini. Adakah ini sekadar untuk membuat publisiti bisnes terbaru mereka?

Artikel Penuh : Sinar

Join our Telegram Channel
Telegram