SKMM: Twit tidak senonoh, netizen bongkar kebenaran - MalaysiaUnfold

Breaking

Wednesday, January 13, 2021

SKMM: Twit tidak senonoh, netizen bongkar kebenaran

Kementerian Komunikasi dan Multimedia menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu tular ciapan tidak senonoh pada tahun 2014 yang dikaitkan dengan akaun rasmi Twitter Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan, siasatan itu termasuk tatacara pengendalian akaun Twitter tersebut.

Beliau berkata, sekiranya didapati berlakunya kesalahan, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab, tidak kira sama ada mereka masih lagi berkhidmat di SKMM atau pun tidak.
“Saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian untuk menjalankan siasatan menyeluruh dari semua sudut.

“Kementerian tidak akan berkompromi serta akan bertindak secara telus dalam menangani isu ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, SKMM mengesahkan akaun Twitter rasmi milik suruhanjaya itu diceroboh pihak tidak bertanggungjawab.


Menurut beberapa tangkap layar oleh netizen, akaun tersebut sebenarnya dibeli oleh seorang seorang pegawai Menteri Komunikasi pada waktu itu, Dato Seri Shabery Cheek daripada seorang twitfamaous bernama @NazruiHakim.
Pihak kami masih menunggu respon SKMM bagi perkara ini.



Join our Telegram Channel
Telegram