“Majlis Presiden turut menimbulkan kerisauan bahawa perisytiharan darurat ini akan menjejaskan usaha menghidupkan semula ekonomi serta keyakinan pelabur, dan tidak akan membantu mengatasi masalah pengangguran dan kehilangan pendapatan di kalangan rakyat.
Jangan berselindung di sebalik COVID-19 dan membebankan rakyat dengan perisytiharan darurat demi menyelamatkan diri sendiri,” menurutnya lagi.
Kenyataan itu ditandatangani Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu, dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Sebelum ini, YDPA telah mengisytiharkan proklamasi darurat sehingga 31 Ogos atau ke satu tarikh yang akan ditentukan nanti setelah mendapat nasihat dari Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara dan juga Peguam Negara.
Join our Telegram Channel