Selepas Pemuda UMNO Pontian, kini giliran Pemuda UMNO Seremban minta Zahid berehat - MalaysiaUnfold

Breaking

Saturday, January 16, 2021

Selepas Pemuda UMNO Pontian, kini giliran Pemuda UMNO Seremban minta Zahid berehat

Selepas Ketua Pemuda Umno Pontian, Mohd Helmi Buang meminta Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi 'berehat' daripada memimpin parti itu, giliran Ketua Pemuda Umno Seremban, Zool Amali Hussin pula menggesa perkara yang sama.
Menurut Zool Amali, perkara itu telah lama disuarakan oleh ahli Umno di peringkat akar umbi terutama golongan muda.

“Saya senada dengan Ketua Pemuda Umno Pontian malah perkara ini sudah lama disuarakan dalam mesyuarat Umno cawangan, bahagian dan Pemuda bahagian di Seremban.

“Saranan ini bukan kerana kami tidak hormat presiden Umno ataupun menidakkan keputusan pemilihan parti, tapi inilah suara pemuda, suara akar umbi.

"Kami tidak membenci presiden, cuma kami sayangkan Umno,” katanya dipetik Utusan Online hari ini.

Semalam, Mohd Helmi meminta Ahmad Zahid berehat daripada memimpin parti itu kerana menurutnya pendekatan pemimpin perlu ada perubahan yang ketara mengikut arus zaman.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Helmi mempertahankan pendiriannya walaupun terpaksa berdepan tindakan.

"Saya merasakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu berehat bagi memberi peluang kepada muka-muka baharu membawa perubahan kepada parti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

'Beri Zahid peluang'

Sementara itu, dalam satu kenyataan malam ini, Ketua Pemuda Umno Sabah, Ir Abdul Aziz Julkarnain berkata Zahid perlu diberikan peluang untuk terus memimpin Umno.

"Sebagai ahli parti, kita harus menghormati perlembagaan parti. Beliau telah dipilih sebagai presiden melalui pemilihan yang sah.

"Beri beliau peluang untuk mengubah Umno. Meminta beliau berundur tidak akan menyelesaikan apa-apa kecuali mempromosikan lebih banyak perpecahan dalam parti," kata pemimpin parti Melayu itu dalam kenyataan yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

Ikuti berita lanjut di Cinca
Subscribe Telegram Malaysia Unfold untuk berita terkini di: t.me/Malaysiaunfold

Join our Telegram Channel
Telegram