Penderitaan Koperal Siti Azizon dapat perhatian Menteri Pertahanan - MalaysiaUnfold

Breaking

Thursday, January 28, 2021

Penderitaan Koperal Siti Azizon dapat perhatian Menteri Pertahanan

Sungai Besi - Tahukah anda Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob bersetuju memberikan sumbangan peribadi utk bayaran sewaan rumah sebanyak RM 1,000.00 sehingga rumah Kpl Siti Azizon di Machang, Kelantan siap dibaik pulih. Beliau juga akan menaja bantuan keperluan makanan untuk Kpl Siti Azizon sekeluarga mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
Syabas dan tabik Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato’ Nazari bin Abd Hadi dan warga TDM. Banyak lagi bantuan yg bakal diusahakan oleh TDM buat Kpl Siti Azizon sekeluarga. Semoga dipermudahkan Allah segala usaha yg murni ini.

Baca selanjutnya disini:

https://www.facebook.com/505270132843470/posts/3732881266748991/

SUNGAI BESI, 27 Januari 2021 – Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato’ Nazari bin Abd Hadi, telah menyantuni seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang mengalami kesempitan hidup, iaitu Koperal Siti Azizon binti Mohamad di kediaman anggota tersebut.

Kunjungan Panglima Latihan TD ke kediaman anggota di rumah sewa di kawasan Sungai Besi, berlanjutan dari laporan yang disiarkan di dalam sebuah portal media dalam talian tempatan pada 14 Januari 2021 yang lalu berhubung kesempitan hidup yang dialami anggota. Kunjungan ini bertujuan meninjau dengan lebih jelas situasi dan permasalahan anggota tersebut selain memaklumkan bentuk bantuan yang dapat disalurkan bagi meringankan beban yang ditanggung anggota.

Koperal Siti Azizon binti Mohamad bertugas di Pusat Latihan Muzik Tentera Darat (PUZIDA), Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur yang merupakan pasukan di bawah naungan Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (MPL DTD) sejak 19 Mac 2018. Beliau merupakan seorang Ibu Tunggal setelah bercerai pada penghujung tahun 2014. Hasil perkahwinan tersebut, anggota dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu dua perempuan dan dua lelaki.

Selain perlu menanggung empat anaknya, termasuk anak sulungnya yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU), beliau juga menanggung ibunya, serta lima orang anak saudaranya yang kematian ibu pada penghujung 2019 yang lalu. Jumlah tanggungan yang ramai dengan hanya bergantung kepada satu punca pendapatan dikenalpasti menjadi punca kepada kesempitan hidup yang dialami oleh beliau sekeluarga.

Koperal Siti Azizon, kini sedang menjalani kursus Latihan Peralihan di Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT), Kem Sungai Buloh di dalam pengkhususan kursus Usahawan Food Court sejak 6 Oktober 2020 sehingga 5 April 2021. Beliau dijangka akan menamatkan perkhidmatan pada 31 Julai 2021.

Berlanjutan dari itu, TDM telah mengenalpasti beberapa bentuk bantuan yang dapat meringankan beban dan masalah yang dihadapi oleh anggota tersebut. Ini termasuklah sokongan untuk anggota tersebut dinaikkan ke pangkat Koperal pada bulan November 2020 yang lalu sebelum anggota menamatkan perkhidmatan.

Panglima Latihan TD ketika bercakap kepada pemberita memaklumkan, beberapa inisiatif lain yang sedang diusahakan oleh TDM antaranya melalui Tabung Kebajikan Angkatan Tentera - Tabung Sejambak Kasih, untuk anggota/waris yang menghidap penyakit kronik secara one off. Ini juga termasuklah bantuan dari Tabung Zakat ATM yang memberikan bantuan kewangan pada setiap tahun. TDM juga merancang untuk melaksanakan proses membaik pulih kediaman yang telah dibeli oleh Kpl Siti Azizon di Machang, Kelantan. Projek yang akan dilaksanakan oleh Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2021 dengan kos pembaikan sebanyak RM 15,000.00 ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pertahanan.

Selain itu, Menteri Kanan Pertahanan, Yang Berhormat (YB), Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob turut bersetuju untuk memberikan sumbangan peribadi melibatkan bayaran sewaan rumah sebanyak RM 1,000.00 sehingga rumah beliau di Machang, Kelantan siap dibaik pulih. Menteri Kanan Pertahanan juga akan menaja bantuan keperluan makanan untuk Kpl Siti Azizon sekeluarga mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Koperal Siti Azizon turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Kanan Pertahanan, Yang Berhormat (YB), Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, Kementerian Pertahanan dan Tentera Darat Malaysia atas sumbangan yang dihulurkan kepada beliau.

TDM sentiasa mengambil berat akan aspek kebajikan warganya sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD iaitu ‘Pelestarian Kesejahteraan Warga’ yang menekankan kebajikan setiap warga TDM.

#TenteraDaratMalaysia #GagahSetia
Sumber: Tentera Darat Malaysia

Join our Telegram Channel
Telegram