Pedati Subramaniar telah dibawa dengan penuh bakti dikala ancaman Pandemik Covid. Segala peraturan dan garis panduan SOP telah dituruti dengan sempurna. Disiplin diri telah menjadi antara perkara yang telah dicerminkan oleh setiap penganut agama Hindu di Malaysia. Chariot Procession ini telah dijalankan tanpa sebarang kesulitan dengan bantuan pihak berkuasa iaitu Polis Diraja Malaysia, Tenaga Nasional dan lain-lain lagi. Perkara yang sama berlaku di Pulau Pinang.
Pihak Kuil Nattukottai Chettiar telah mengadakan aktiviti ini tanpa gagal selama 164 tahun. Bukan seperti yang digembar-gembur oleh pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, SOP yang ketat telah dipatuhi dan tiada sebarang kumpulan yang telah berkumpul melainkan semasa penukaran lembu-lembu yang membawa pedati Tuhan Murugan. Pada masa yang sama jarak dan masa perjalanan Pedati Tuhan ini juga telah berkurangan iaitu dari 16 jam sebelum ini hanya 6 jam sahaja. Jarak yang dilalui sebanyak 6.6 kilometer berbanding 9 kilometer sebelum ini dan menggunakan jalan yang baharu.
Tiada sebarang perhentian dilakukan sewenang-wenangnya. Mereka yang berkumpul juga telah ‘dilerai’ oleh anggota PDRM selepas mereka diberikan amaran berkenaan Saman RM 1000. Rata-rata mereka yang berada di sana telah segera beredar dari sana selepas arahan PDRM. Pedati yang telah bergerak pada pukul 3.30 pagi dari Kovil Veedu menuju Kuil Thannirmalai (Waterfall Temple). Persoalan disini adalah mengapa Prof. Ramasamy dan YB Rayer sangat marah dan menyatakan bahawa unsur politik telah digunakan untuk memastikan Chariot Procession ini berlangsung tanpa mendapat izin Kerajaan negeri, sedangkan MKN telah memberikan kebenaran (pernyataan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Bin Manan).
Barisan pemimpin yang telah mengadakan sidang media, lebih menggunakan nada yang angkuh bahawa kerajaan negeri tidak tahu menahu dan sengaja memperlekehkan Majlis Keselamatan negara dan sebuah parti politik. (Pada pendapat saya…. langkah yang kurang professional) dan juga telah menyatakan bahawa Lembaga Wakaf Hindu tidak akan teragak-agak untuk “menundukkan” kuasa pihak Kuil Naattukottai Chettiar hanya kerana tidak mengikuti arahan pihak kerajaan negeri.
Pelbagai perkara yang telah dibangkitkan oleh Prof Ramasamy dan menyatakan bahawa Pihak Kuil ini amat bermasalah dan menggunakan segala cara mengikut undang-undang untuk menidakkan aktiviti mereka (kuil). Penggunaan kata kata yang tidak professional berkenaan parti politik dan menteri (yang bukan dari PH) adalah sesuatu yang amat memalukan seorang pemimpin. Kerajaan Malaysia telah memberikan kebenaran untuk menjalankan Procession ini tetapi yang menentang bukannya mereka-mereka daripada kaum yang lain tetapi dari mereka ‘sebulu’ dengan kita. Ia amat memalukan kita yang lain sebagai Penganut agama Hindu
Janganlah lihat diri anda sebagai seorang ahli politik dan menggunakan semua perkara yang berupaya untuk menyebabkan perselisihan antara etnik orang India yang pelbagai. Hanya kerana politik, agama diperlekehkan.
Chariot Procession tahun ini adalah di atas toleransi yang ditunjukkan oleh pemimpin di negara yang berbilang bangsa. Tidak ada sebab untuk menjadikan ini sebagai perkara yang boleh menyebabkan perpecahan didalam agama kita sendiri. Kalau dilihat oleh mereka yang lain agama pasti malu. Marilah kita menjadi contoh kepada generasi baharu. Ingatlah bahawa Thaipusam di negara Malaysia bukan sahaja perayaan berdasarkan agama, ia bukannya tempat untuk menonjolkan keegoan, tetapi lambang kesucian dan keharmonian.
WE SURRENDER TO YOU LORD MURUGA! VETRIVEL MURUGANUKKU AROGARA!
Join our Telegram Channel