Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan bilangan kes sembuh Covid-19 sebanyak 1,710 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 113,288 kes.
"Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan dalam negara pula adalah 3,330 kes.
"Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,036 diikuti Selangor (1,036), Johor (460), Sabah (389), Kuala Lumpur (257) dan Pulau Pinang (234)," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau turut memaklumkan, ada pertambahan 15 kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 578 kes.
"Sehingga kini, terdapat 195 kes positif Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 86 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.
Join our Telegram Channel