HAKIKAT
Pelbagai dakwaan masih dilemparkan khususnya berkenaan kerjasama dengan DAP dan sebagainya.
Hakikatnya, walaupun UMNO sedang dan mahu terus lebih fokus kepada situasi banjir dan pandemik melanda negara, dan walaupun perkara ini telah diulang berkali-kali, untuk pengesahan:
1. Biro Politik dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia yang menjadi badan pembentuk dasar parti selain Perhimpunan Agung tidak pernah sekali-kali pun memutuskan untuk mengadakan sebarang rundingan bersama DAP dan PKR.
1. Biro Politik dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia yang menjadi badan pembentuk dasar parti selain Perhimpunan Agung tidak pernah sekali-kali pun memutuskan untuk mengadakan sebarang rundingan bersama DAP dan PKR.
2. Dalam majlis terbuka dan tertutup di hadapan kepimpinan parti pelbagai peringkat, termasuklah baru-baru ini, Presiden UMNO berkali-kali mengatakan beliau tidak akan menjalin kerjasama dengan DAP.
3. Malah, sehingga hari ini Majlis Kerja Tertinggi meneruskan kelangsungan keputusan dasar parti yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung UMNO 2019, yakni tiada kerjasama dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan DAP. Selagi dasar itu tidak diubah, seluruh saf kepimpinan masih berpegang kepada keputusan tersebut.
4. Jika UMNO mahu menjalin kerjasama dengan DAP, ia mempunyai peluang sewaktu pertukaran Menteri Besar di Perak. Perkara itu tidak berlaku.
5. Dakwaan bahawa terdapat percubaan demi percubaan untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional juga tidak tepat memandangkan sepanjang proses undian untuk Belanjawan 2021, Ahli-ahli Parlimen UMNO mendukung dan meluluskannya di setiap bacaan dan setiap peringkat.
6. Dukungan dan undian tersebut tetap dizahirkan meskipun dalam hal tertentu, jelas terdapat ketidakpuasan hati dari pihak UMNO berhubung pelbagai isu - baik dari segi pertalian politik antara UMNO dan PPBM mahupun dalam soal dasar Kerajaan. Maka, jelas sekali selama ini UMNO mendukung Kerajaan Perikatan Nasional demi kemaslahatan rakyat dan negara yang masih dilanda ancaman wabak Covid-19.
7. Berhubung dakwaan kononnya kepimpinan Presiden "flip flop" dalam keputusan berhubung Muafakat Nasional, barisan kepimpinan UMNO menegaskan bahawa kami sentiasa konsisten mahu memperkasa MN dan mengukuhkan pertalian bersama PAS, tanpa UMNO menjadi ahli komponen Perikatan Nasional. Pendirian ini tegas, jelas dan konsisten sepanjang masa.
Shahril Hamdan
Walaubagimanapun, beliau tetap yakin bahawa Tan Sri Annuar Musa masih setia kepada parti dan pengalamnnya masih diperlukan oleh UMNO.
Sumber: FMT
Join our Telegram Channel