LZS dalam hantaran di Facebook menjelaskan, pihaknya segera ke surau berkenaan selepas menerima maklumat nasib seorang lelaki warga emas dilaporkan terpaksa tidur di surau.
LZS berkata, warga emas terbabit ditemui dalam keadaan lapar, keletihan dan mengalami sakit kaki akibat jangkitan kuman.
"Sejurus menerima maklumat mengenai seorang lelaki warga emas tidur di surau, kami segera membantunya memandangkan Selangor adalah negeri tertinggi kes COVID-19 masa ini.
"Tentunya bahaya sekiranya golongan berisiko tinggi tidur di tempat awam," katanya.
LZS berkata, lelaki berkenaan memaklumkan dia tidak mempunyai zuriat kerana belum pernah berkahwin.
Katanya, beliau sebelum ini tinggal sendirian dan kemudian dijaga anak saudaranya sejak setahun yang lalu.
Berita lanjut di Berta Harian
Join our Telegram Channel