Kami tidak layak menang - Solskjaer - MalaysiaUnfold

Breaking

Monday, January 18, 2021

Kami tidak layak menang - Solskjaer

Solskjaer berasakan pasukannya tidak menunjukkan ketenangan yang mencukupi untuk mengawal permainan dan kecewa mereka tidak melakukan lebih percubaan untuk menguji pertahanan tengah lawan, Fabinho dan Jordan Henderson.
Ditanya sama ada United pasukan yang lebih layak menang atau tidak, Solskjaer berkata kepada Sky Sports: "Tidak, kami tidak layak, kerana saya tidak fikir kami bermain cukup baik. Kami tidak mendorong diri kami dalam permainan, terutama dalam babak pertama.

"Saya fikir kami berkembang dalam perlawanan dan pada akhirnya, anda berasakan 'ya, ia sudah terhidang untuk kami memenanginya di sini'. Kami mencipta dua peluang besar dan penjaga gol mereka menyelamatkan keadaan dengan bijak.

"Kami boleh bermain dengan lebih baik berbanding seperti ini -- kami menyedarinya. Kami boleh menjadi lebih tenang, lebih memiliki bola.

"Kami perlu kerap bertahan dan saya fikir kami terlalu kerap mengeluarkan bola, mungkin pada sesetengah waktu kami mensia-siakannya, apabila Marcus (Rashford) melakukan larian dari bawah, mungkin kami tidak melakukan hantaran setiap kali dia melakukan larian dan adakalanya kami melepaskannya pada ketika dia sepatutnya menerima bola. (Terdapat) beberapa perkara untuk diperbaiki.

"Saya perlu jujur dan mengakui bahawa saya agak kecewa buat masa ini. Kami berdepan pasukan yang hebat dan mereka memiliki penguasaan tetapi apapun, anda mahu datang ke sini, anda sedar masalah kecederaan mereka sejak akhir-akhir ini, anda fikir anda boleh datang ke sini dan menang. Kami tidak menang tetapi satu mata ini akan menjadi baik jika kami memenangi perlawanan berikutnya," katanya.

Manchester United bertahan di kedudukan teratas Liga Perdana selepas penjaga gol Liverpool, Alisson Becker beraksi dengan begitu menyelamatkan pasukannya untuk keputusan seri 0-0.

Liverpool turun ke tangga keempat Liga dengan 3 mata ketinggalan kepada United. - Stadium Astro

Subscribe Telegram Malaysia Unfold untuk berita terkini di: t.me/Malaysiaunfold

Join our Telegram Channel
Telegram