Ucap tahniah pada Biden, Najib sempat troll Mat Sabu - MalaysiaUnfold

Breaking

Wednesday, January 20, 2021

Ucap tahniah pada Biden, Najib sempat troll Mat Sabu

Dato Seri Najib Razak hari ini memuat naik sebuah gambar bersama Presiden Amerika Syarikat yang baru, Joe Biden di facebooknya.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Biden atas pengabsahan Biden sebagai Presiden Amerika yang ke-46.

Gambar kemesraan Najib dan Biden tersebut diambil pada tahun 2012 ketika Joe Biden menjawat sebagai Naib Presiden kepada Presiden Obama.

Bagaimanapun, ucapan tersebut mencuit hati netizen kerana Najib sempat mengusik bekas Menteri Pertahanan,Mat Sabu dengan memuat naik gambar beliau yang diedit.

"Jahat siapa yang edit dan sebar gambar sebelah kiri ini? "



Gambar tersebut telah mendapat 24 ribu likes, 410 perkongsian dalam masa 2 jam.

Subscribe Telegram Malaysia Unfold untuk berita terkini di:t.me/Malaysiaunfold


Join our Telegram Channel
Telegram