Dibawah adalah luahan saudara Azhar.
Wanita
Jika engkau seorang isteri dan jika telah memilih seorang suami yang biasa-biasa saja
Sesekali pandangla wajah suami mu disaat dia tidur. Apabila seharian telah berpenat lelah menitis kan keringat untuk sesuap nasi bagi mu dan keluarga mu
Itula wajah yang tiada pertalian darah dengan mu namun masih sanggup berpenat lelah demi mu
Itulah insan yang bagi mu dia tidak pernah peduli tentang hati mu. Tidak pernah mencuba memahami kemahuan dan kehendak mu Tapi tahukah kamu
Didalam hati nya merintih dan meratap untuk merubah hidup mu dan anak-anak mu menjadi lebih baik. Dia seperti ayah mu yang sentiasa menyembunyikan duka dan air mata dan seolah-olah dia tidak memikirkan apa pun di hadapan mu
Tahukah kamu
Terkadang hatinya menangis apabila tidak mampu memberikan isterinya kemewahan semewah isteri hartawan yang sentiasa dihiasi dengan kesenangan. Hatinya luluh bila setiap permintaan anak mu dan permintaan mu terpaksa diganti dengan "tunggu dulu" atau "nanti dulu" Jika kamu seorang isteri yang suami nya dari orang biasa-biasa saja
Jangan lah terlalu meminta. Jangan lah terlalu memberontak dan jangan lah terlalu ego
Pahami suami mu
Pahami pekerjaannya itulah rezeki yang membuat kamu hidup sehingga hari ini. Apa pun pekerjaan suami mu selagi ia halal untuk dia menafkahi keluarga mu, ikhlas kan hati mu
Hargai keringatnya
Sungguh hati nya akan terluka, seandainya terdengar sungutan dari mu duhai isteri "aku menyesal berkahwin dengan lelaki miskin seperti kau"
Duhai isteri ketahuilah
Semiskin apa pun suami mu
Syurgamu masih di telapak kaki nya
Hargai budi dan jasa seorang suami kerana mereka telah sanggup dan berkorban segalanya demi menjaga Amanah Allah iaitu dirimu dan anak-anak mu
Bersyukurlah siapa pun pemilik tulang rusuk-mu. Allah pinjamkan suami mu sekejap saja. Tiba waktu insan yang bernama suami itu akan pergi meninggalkan mu
Jika semalam kamu berdosa pada suami mu, hari ni cuba kamu perbaiki. Pegang lah tangan suami mu. Cuba rasa kan tiada lagi kelembutan di telapak tangan nya dan itulah tangan yang telah bersusah payah berhujan dan berpanas untuk membahagiakan keluarga mu
Lumrah sebagai seorang wanita akan cemburu melihat wanita lain yang bertuah memiliki suami yang memiliki segalanya
Tapi tahukah kamu apa yang kamu lihat tidak seindah yang diimpikan. Sesuatu itu terkadang nampak indah sebelum dimiliki
Pahamilah
Sungguh dia suami mu yang dari orang biasa-biasa itu bukan Malaikat untuk memenuhi segala kehendak mu
Sesekali berterima kasih la padanya atas pengorbanan nya dan setiap titisan keringat nya untuk keluarga mu
Kerana kamu bukan Seorang Bidadari dan suami mu bukan Seorang Malaikat
Nukilan
Sir.Azhar
Join our Telegram Channel