Covid: Agong ada kuasa ambil milikan sementara aset swasta, individu semasa darurat- KP Keselamatan Negara - MalaysiaUnfold

Breaking

Monday, January 18, 2021

Covid: Agong ada kuasa ambil milikan sementara aset swasta, individu semasa darurat- KP Keselamatan Negara

KUALA LUMPUR: Pengisytiharan darurat memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong mengambil milikan sementara tanah, bangunan atau harta alih daripada mana-mana pihak yang bersesuaian untuk memerangi jangkitan COVID-19 di negara ini.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Mohd Rabin Basir, berkata perkara itu jelas mengikut Seksyen 3 sehingga 5 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021.

"Ini terpaksa dilakukan kerana kerajaan tidak boleh berlengah dalam membuat perkiraan dengan pihak swasta untuk menggunakan premis perubatan swasta serta sumber mereka, utiliti dan juga aset.

"Selain itu, pengkuatkuasaan peraturan berkenaan kawalan penularan pandemik ini boleh disegerakan, tanpa urusan birokrasi dan peraturan yang menyukarkan.

"Walaupuan tidak dapat dinafikan Akta 342 sudah memperuntukkan kuasa tertentu untuk mendapatkan kerjasama daripada pihak swasta, kuasa itu tidak mencukupi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel jemputan pada program Bicara Naratif bertajuk Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021: Strategi Penting Memerangi COVID-19, malam tadi.

Pogram yang disiarkan di TV1 RTM itu turut disertai oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali sebagai panel jemputan.

Berita lanjut di BHarian


Subscribe Telegram Malaysia Unfold untuk berita terkini di: t.me/Malaysiaunfold

Join our Telegram Channel
Telegram