Walaupun kestabilan politik memang antara faktor kedatangan pelabur, tetapi ia bukan faktor tunggal. Indonesia sebagai contohnya mengalami rusuhan besar-besaran pada Oktober tahun lepas. Tetapi ia tidak menghalang gergasi korporat dunia seperti Tesla dan LG untuk datang ke negara mereka.
Thailand semenjak kewujudan sistem Raja Berpelembagaan pada 1932 telah mengalami 12 kali kudeta. Kali terakhir pada 2014. Kudeta mereka ini bukan macam Langkah Sheraton atau DS Anwar buat sidang media I have numbers. Kudeta cara mereka adalah tentera masuk pejabat PM dan sepak dia ke luar.
Antara proses kudeta paling panjang yang Thailand pernah alami adalah tahun 2006. Ia bermula pada Januari iaitu apabila keluarga Thaksin Shinawatra (PM Thailand) terlibat dalam skandal kewangan Shin Corp - syarikat telekomunikasi terbesar Thailand. Rusuhan, tunjuk perasaan, mogok, pilihanraya mengejut (diboikot pembangkang) telah berlaku dan menjejaskan perniagaan di Greater Bangkok. Ia berakhir pada September 2006 apabila Thaksin digulingkan tentera
Apa yang berlaku kepada pelaburan asing (FDI) di Thailand?
Tahun 2005 USD 8.2 bilion. Tahun 2006, USD 8.9bilion. Naik USD 700 juta.
Kenapa? Kenapa walaupun kerajaan digulingkan tetapi pelabur tetap datang?
Kerana polisi. Kedua-dua kerajaan Thaksin dan Tentera mempunyai polisi jelas yang melindungi kepentingan pelabur dan rakyat terbawah termasuk projek infrastruktur awam. Halatuju ini tidak berubah walaupun siapa saja yang menjadi kerajaan.
Kerajaan yang stabil tetapi polisi mengarut, tidak akan menarik hati sesiapa. PH contohnya pernah pada satu tahap mempunyai 137 kerusi parlimen selepas MP UMNO melompat. Kurang 11 daripada majoriti 2/3.
Tetapi pelabur tetap tidak datang.
Macammana pelabur nak datang kalau polisi WKB 2030 pun orang kita tak faham? Sudahlah unjurannya tak logik dan keawang-awangan Peliknya polisi yang ada sentuhan besar DAP ini diteruskan pula pada zaman PN.
Jauh berbeza pada zaman dahulu. Ada polisi jelas tentang peranan GLC sebagai sovereign wealth fund. Ada polisi UTC yang memanfaatkan lebihan penjawat awam dan bangunan terbiar.
Ada TN50 dengan roadmap jelas termasuk projek infrastruktur skala mega di Pantai Timur dan Borneo yang selama ini terbiar. Ada polisi cash handout melalui pelbagai skim yang melambakkan tunai dan menaikkan power spending rakyat terbawah.
Sekarang polisi apa? Polisi moratorium pun kerajaan kata ikut bank masing-masing. Dah ada kuasa darurat pun lemah lagi ke bila jumpa CEO bank?
Tugas kerajaan adalah memastikan rakyat hidup selesa. Bukan menjadikan konglomerat terlebih berkuasa.
Abdul Rahim Hilmi Zakariya adalah penganalisis politik terkemuka tanah air
Sumber: FB Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Join our Telegram Channel