Mampukah Amir Hamzah mengembalikan keyakinan rakyat terhadap KWSP? - MalaysiaUnfold

Breaking

Wednesday, February 10, 2021

Mampukah Amir Hamzah mengembalikan keyakinan rakyat terhadap KWSP?

Bekas ketua pegawai eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang baharu.
Dalam kenyataan dikeluarkan KWSP, pelantikan Amir berkuatkuasa pada 1 Mac ini.

Pelantikan itu dibuat bagi menggantikan Tunku Alizakri Alias yang mengetuai KWSP pada Ogos 2018.

Sebelum ini, Tunku Alizakri berdepan pelbagai kritikan berhubung kenyataannya terhadap pengeluaran wang caruman pekerja.

Terdahulu, dalam laporan Bursa Malaysia TNB menyatakan Amir sudah meletakkan jawatannya selepas menerima pelantikan baharu yang dibuat oleh Kementerian Kewangan.

Amir sebelum ini pernah berkhidmat sebagai CEO di MISC Bhd, Petronas Dagangan Bhd dan sektor perhotelan milik Khazanah Nasional Berhad, Themed Attraction Resorts & Hotels Sdn Bhd dan lain-lain.

Sedikit latar belakang Amir, beliau adalah anak kepada tokoh korporat dan negarawan ulung, Tun Azizan Zainul Abidin.

Tun Azizan adalah Setiausaha Sulit Kanan kepada 3 orang paling berkuasa di Malaysia iaitu Abdul Razak Hussein (1971-1975), Hussein Onn (1975-1981, photo ) dan Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-1984).

Pada 1988 bersara dengan jawatan terakhir sebagai ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

Beliau menyertai Petronas sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas (Februari 1988-Februari 1995). Selain itu menjadi pengerusi Malaysia Airlines, Perbadanan Putrajaya, KLCC Holdings (M) Sdn Bhd, Petronas Carigali Sdn Bhd, MTBE Malaysia Sdn Bhd, Petronas Dagangan Bhd, Malaysia LNG Sdn Bhd dan KLCC Suria Sdn Bhd.

Jasanya dikenang kerana membangunkan Putrajaya, pusat pentadbiran persekutuan yang kini menjadi satu lagi kebanggaan rakyat Malaysia.

Dengan latar belakang elit Amir ini, mampukah beliau mendengar suara hati rakyat yang terkesan dengan krisis ekonomi dan pandemik Covid-19 ini?

Sumber: FB Najib Razak 


Ada cakap cakap belakang mengatakan, kemungkinan tiada banyak perubahan mampu dilakukan oleh Amir kerana hubungan baik beliau bersama para elitis termasuk Tun Dr Mahathir yang menolak pengeluaran wang KWSP ini untuk kegunaan rakyat ketika ini.

Mantan CEO, Tengku Alizakri dilihat sebagai seorang yang tidak mengambil serius keluhan rakyat. Ini dapat dilihat apabila Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dato Dr Asyraf Wajdi Dasuki mendedahkan bahwa Alizakri telah memungkiri janji untuk bertemu dengan beliau sebanyak 3 kali bagi isu pengeluaran KWSP ini.
Adakah Amir akan membetulkan keadaan ini dan persepsi terhadap KWSP tidak mahu melayan desakan rakyat dipulihkan?

Semoga Amir membuktikan kemampuan beliau dan megembalikan keyakinan rakyat terhadap institusi ulung KWSP ini. Selamat berjaya Amir.

Join our Telegram Channel
Telegram