GERAKAN sertai Perikatan Nasional - MalaysiaUnfold

Breaking

Thursday, February 11, 2021

GERAKAN sertai Perikatan Nasional

PETALING JAYA: Gerakan mengesahkan bahawa ia kini menjadi sebahagian daripada gabungan Perikatan Nasional, kata presidennya.
Dominic Lau Joe Chai berkata beliau baharu sahaja menerima pengesahan daripada perdana menteri.

“Kami baru sahaja mendapat pengesahan bahawa kami telah diterima dalam gabungan Perikatan Nasional,” katanya kepada FMT.

Dalam surat yang dilihat oleh FMT, dinyatakan bahawa Majlis Tertinggi Perikatan Nasional bersetuju untuk menerima Gerakan ke dalam gabungan itu.

“Sehubungan dengan itu, parti anggota Perikatan Nasional hendaklah mematuhi segala syarat-syarat kemasukan sebagai parti anggota sebagaimana yang dikehendaki oleh perlembagaan parti Perikatan Nasional,” kata presiden PPBM dan ketua PN Muhyiddin Yassin ketika menyambut parti pelbagai kaum itu menjadi anggota PN.

Pada 2020, semasa perhimpunan Tahun Baru Cina, Mohamed Azmin Ali, yang ketika itu merupakan timbalan presiden PKR, dan naib presiden PKR, Zuraidah Kamaruddin, mencetuskan spekulasi bahawa mereka berdua akan “menyertai” Gerakan.

Ini kemudian dilihat sebagai alternatif sekiranya mereka dipecat oleh PKR setelah berlaku tuduh menuduh dengan presiden parti Anwar Ibrahim.

Ramai pakar berkata langkah itu akan membantu menghidupkan kembali Gerakan, yang memerlukan nama besar untuk menghidupkan perjalanan politiknya. - FMT

Join our Telegram Channel
Telegram