Profesor mencarut, UPM ambil tindakan tegas - MalaysiaUnfold

Breaking

Wednesday, February 03, 2021

Profesor mencarut, UPM ambil tindakan tegas

Serdang - Seorang kakitangan UPM, Proffesor Madya Bahariah Khalid yang dikecam netizen semalam telah disiasat oleh pihak UPM.
Tular baru-baru ini di laman sosial Twitter mengenai Bahariah yang merupakan doktor di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) telah bertengkar dengan dua orang lelaki di jalan raya berdekatan hospital tersebut.

Menerusi video yang dirakam menggunakan dashcam, pada mulanya kereta si perakam berada di jalan utama sebelum doktor itu membuat pusingan U dari arah bertentangan.

Sejurus selepas itu, si perakam pantas membunyikan hon kepada doktor berkenaan kerana keretanya dikatakan telah memakan jalan utama.

Akibat tidak berpuas hati, doktor itu bertindak membunyikan hon berulang kali dan mengejar kereta si perakam sehingga tiba di lampu isyarat.

Apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah apabila doktor itu berhenti di sebelah kereta si perakam dan mengeluarkan kata-kata kesat dengan nada yang tinggi. Malah dia dikatakan telah mendoakan si perakam supaya mendapat penyakit Covid-19.

Aksi ini telah mendapat maklumbalas UPM sehinggakan universiti tersebut telah mengeluarkan kenyataan media berhubung isu tersebut. Berikut adalah kenyataan media berkenaan



Bahariah bagaimanapun didapati sudah membuat permohnan maaf secara terbuka di instagram beliau. Instagram beliau telah ditukar kepada private tidak berapa lama kemudian.



Join our Telegram Channel
Telegram