Rafizi Ramli disuruh jalankan rampasan kuasa? - MalaysiaUnfold

Breaking

Friday, February 05, 2021

Rafizi Ramli disuruh jalankan rampasan kuasa?

Twitterjaya - Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memuat naik sebuah hantaran di twitter mengenai perbualan beliau bersama seorang doktor.
Di dalam tangkap layar tersebut, Rafizi "diminta" oleh doktor tersebut untuk mengetuai rampasan kuasa dari kerajaan sekarang kerana dilihat gagal menangani pandemik covid-19.

Perkara tersebut disambut gembira oleh pengikut pengikut beliau di Twitter @rafiziramli.

Bagaimanapun, seorang netizen bernama Hani Nrdn menyelar tindakan beliau tersebut kerana rampasan kuasa bukanlah sesuatu yang boleh dianggap lawak kerana ia melibatkan kedaulatan undang undang dan boleh didakwa dibawah Akta Hasutan.





Akta Hasutan 1948 masih relevan dan disifatkan sebagai undang-undang paling penting dalam negara ini. Dalam seksyen akta berkenaan dengan jelas menyatakan mana-mana orang yang melakukan atau cuba melakukan atau membuat apa-apa persediaan untuk melakukan, atau berkomplot dengan mana-mana orang untuk melakukan apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut, atau jika dilakukan akan mempunyai kecenderungan menghasut merupakan suatu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.

Sama ada dengan niat atau tidak, sengaja atau tidak sengaja, tindakan menghina, memfitnah dan memberikan gambaran negatif terhadap pihak lain, boleh diambil tindakan. Apatah lagi jika ia boleh mencetus rusuhan, kacau-bilau atau memecah-belah bangsa dan perpaduan amat bersalahan dan perlu diatasi segera dengan pelaksanaan Akta Hasutan.

Beberapa isu dan sentimen serta insiden masa kini yang dianggap boleh mengancam keselamatan negara sepatutnya diambil tindakan segera agar tidak merebak dan mewujudkan rusuhan antara kaum.

Subscribe Telegram Malaysia Unfold untuk berita terkini di: MalaysiaUnfold

Join our Telegram Channel
Telegram