Selepas komen lucah viral, suami tampil mohon maaf dalam Youtube - MalaysiaUnfold

Breaking

Friday, February 05, 2021

Selepas komen lucah viral, suami tampil mohon maaf dalam Youtube

Seorang wanita kesal selepas akaun Facebooknya digunakan oleh suaminya untuk memberi komen berbaur lucah di siaran langsung Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri semalam.
Perkara tersebut menjadi tular selepas komen berkenaan dikecam teruk oleh ramai pengguna Facebook.
Bagaimanapun, pemilik sebenar akaun tersebut yang dikenali sebagai Dilla, telah memuatnaik satu hantaran status bagi menjelaskan keadaan sebenar.

“Akaun Facebook itu milik saya, Puan Dilla. Tiada kata-kata untuk saya ungkapkan sebagai seorang perempuan yang beragama islam, seorang guru, seorang anak, seorang isteri.

“Apa tindakan saya sebagai seorang isteri yang bila mana suami menggunakan akaun Facebook saya meluahkan kata-kata seperti itu. Walaupun saya telah padam, benda dah tersebar. Dan saya rasakan ini ujian bagi saya. Allahuakbar,” katanya.

Beberapa jam selepas kenyataan pemilik akaun sebenar itu dimuat naik, seorang lelaki yang mendakwa dirinya merupakan suami kepada wanita terbabit telah memuatnaik sebuah klip video pengakuan dan memohon maaf.

Video boleh tonton DISNI

“Saya sebenarnya yang menulis komen itu menggunakan telefon isteri saya tanpa pengetahuannya. Sebenarnya, komen itu ditujukan kepada pihak kerajaan agar segera tamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya tidak berpuas hati dengan pengumuman yang dibuat oleh kerajaan. Jadi, saya minta abaikan komen tersebut. Saya akui status itu tidak elok dibaca oleh orang ramai,” jelasnya dalam sebuah video berdurasi lapan minit.

Menurutnya, komen itu telah dipadam kira-kira sepuluh minit kemudian tetapi sempat dirakam oleh pengguna lain.

Difahamkan, akaun Facebook milik kedua-dua pasangan suami isteri itu kini telah dinyahaktif.

Subscribe Telegram Malaysia Unfold untuk berita terkini di: Malaysia Unfold

Join our Telegram Channel
Telegram