Segerakan PRU, Muhyiddin sudah tidak disayangi rakyat - Anina Saadudin - MalaysiaUnfold

Breaking

Wednesday, February 10, 2021

Segerakan PRU, Muhyiddin sudah tidak disayangi rakyat - Anina Saadudin

Bangi - Pengasas Parti Bersatu, Anina Saadudin berkata dalam satu temubual menyeru agar disegarakan PRU15 kerana kerajaan Perikatan Naisonal hari ini diliat gagal dalam menangani krisis ekonomi dan pandemik Covid-19.
Beliau yang juga Bekas Ketua Srikandi Bersatu berkata, kerajaan PN ini adalah kerajaan sementara sahaja dan hak memilih Perdana Menteri yang baru harus diberikan semula kepada rakyat melalui PRU.

Contoh penolakkan rakyat terhadap Muhyiddin yang paling jelas menurut Anina adalah bila rakyat berpusu pusu ke facebook Presiden Indonesia, Jokowi menghentam Muhyiddin. Hal ini terjadi kerana rakyat sudah hilang sabar, marah, kecewa dan letih dengan sikap Muhyiddin yang seperti tidak pedulikan nasib rakyat.

"Saya tidak setuju dengan tidakan rakyat memaki Muhyiddin di facebook Jokowi kerana memalukan negara. Tetapi saya tidak kesiankan Muhyiddin, saya kesiankan negara saya kerana mempunyai Perdana Menteri yang tidak mampu disayangi rakyat sendiri...maka jangan salahkan rakyat apabila menyurakan suara hati mereka di media sosial Jokowi."

Anina menambah,

"Perlu diingatkan, perkara ini dibuat oleh Muhyiddin sebelum PRU 14 terhadap DS Najib Tun Razak. Dah ada precedent strategi digunakan sebelum ini."

Anina juga menempelak kerajaan kerana ingin mengambil tindakan undang undang terhadap rakyat yang meyuarakan rasa hati mereka tersebut.

"Ketika Muhyiddin meminta Najib turun dulu, saya yang menyaman DS Najib, tetapi saya tidak diambil tindakan pun oleh kerajaan. Kenapa hari ini nak ambil tindakan pada rakyat? Ini tidak masuk akal."

Audio lengkap Anina boleh didengar disini.

Join our Telegram Channel
Telegram