Azri menulis dalam satu komen di page Jokowi,
"Netizen tidak ada otak yang cakap begitu pada Perdana Menterinya."
Azri turut menulis di facebook beliau tentang perkara ini. Luahan beliau,
"Tak suka atau benci macam mana kita dengan pemimpin negara jangan lah aibkan hingga ke negara luar. Dalam rumah kita, nak gasak kita gasak lah. Belajar lah kematangan dalam hidup.
Saya rasa malu bila mana gerombolan mereka rakyat Malaysia masuk komen dalam FB Bapak Presiden Indonesia Jokowi dengan melemparkan bermacam macam komen yang pada Saya tidak matang dan jelek.
Malah ada rakyat Indonesia yang komen rasa pelik dan terkejut dengan komen komen dari rakyat Malaysia menghina mencerca memaki malah membabi butakan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kaget mereka dengan sikap segelintir rakyat kita.
TSMY merupakan Perdana Menteri Malaysia yang dilantik oleh YDP Agong. Saya bukan lah gemar dengan TSMY apatah lagi hari ini krisis Covid gagal diurus tadbir kerajaan. Tetapi beliau adalah PM kita. Nak kritik atau kasar sekalipun bahasa nya biar lah dalam rumah kita.
Adalah mengaibkan Malaysia bila mana Perdana Menteri kita sendiri diaibkan rakyat nya dinegara jiran. 2021 dah ni, bila kita nak berubah jadi lebih bertanggungjawab dan matang?"
Selain dari itu, Azri turut memuat naik sebuah video di Youtube tentang perkara yang sama. Video tersebut boleh ditonton disini
Umum mengetahui, UMNO dan Bersatu tidak mempunyai hubungan yang baik didalam pentadbiran kerajaan. Bagaimanapun tindakan Papagomo ini sebenarnya adalah wajar menurut sesetengah netizen kerana Perdana Menteri adalah satu institusi yang perlu dihormati oleh setiap rakyat.
Subscribe Telegram Malaysia Unfold untuk berita terkini di: Malaysia Unfold
Join our Telegram Channel