Perdana Menteri tak semestinya Presiden UMNO - Shahrir Samad - MalaysiaUnfold

Breaking

Tuesday, May 04, 2021

Perdana Menteri tak semestinya Presiden UMNO - Shahrir Samad

Kajang - Ketua UMNO Bahagian Johor Baharu yang juga veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad berkata Perdana Menteri tak semestinya Presiden UMNO dalam satu forum bersama Majlis Profesor Negara di Kajang.
Katanya, walauapun jawatan itu penting tetapi UMNO masih belum ada calon yang boleh diterima semua baik diperingkat parti mahupun rakyat.

"Ini adalah masanya untuk berubah, cara baru. Kita tidak boleh lagi berundur kebelakang dengan metod presiden UMNO mesti menjadi Perdana Menteri."

Tambah beliau, dengan cara itu maka UMNO akan dua pemimpin penting untuk menjaga UMNO dan juga mengetuai kerajaan. Beliau turut memetik kata kata Perdana Menteri ketiga, Tun Hussien Onn,

"..that there would be a time when UMNO would have a different party leadership and a different government."

Beliau berharap dapat melihat UMNO mampu membuat perubahan tersebut kerana ramai duta duta luar negara mempercayai kemampuan pemimpin UMNO dalam mentadbir kerajaan.

Sebelum ini, ura ura Timbalan Presiden UMNO, Dato Seri Utama Haji Mohammad Hasan bakal calon Perdana Menteri UMNO-BN bertiup kencang apabila menjawab secara seloroh soalan wartawan "you look at him now" merujuk kepada dirinya selepas PAU2020 berakhir. -MalaysiaUnfold

Join our Telegram Channel
Telegram