"Menteri Besar (Amirudin Shari) dan (Majlis Keselamatan Negeri) MKN Selangor telah membentangkan cadangan kepada MKN untuk laksanakan PKP," katanya pada sidang media harian Covid-19 hari ini.
Jelas Ismail Sabri, pelaksanaan PKP ini selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan.
Maka MKN setuju laksana PKP atas 6 dari 9 daerah di Selangor; Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang mula pada 6 ke 17 Mei," katanya lagi.
Menjelaskan lanjut, Ismail berkata kegiatan ekonomi masih dibenarkan di daerah ini, yang akan dikawal pergerakan dari 7 Mei hingga 17 Mei.
Join our Telegram Channel