Berikutan dengan rusuhan tragik di Capitol, media sosial di USA telah melaksanakan sekatan media dengan menggantung dan menyekat akaun-akaun pemimpin-pemimpin terkenal dari parti Republic bermula dengan akaun Twitter Presiden Donald Trump. Media sosial Twitter juga turut menggantung mana-mana akaun yang dirasakan cuba menghasut dan mengajak kepada rusuhan.
Twitter mempertahankan tindakan dengan menyatakan bahawa akaun-akaun ini digantung kerana melanggar peraturan dan mampu membawa risiko keselamatan kepada orang awam.
1. DONALD TRUMP Gambar: Win McNamee/Getty Images
Donald Trump sehingga hari ini telah disekat dari menggunakan Twitter, Snapchat, Reddit dan Facebook terut membuat sekatan sementara sehingga Biden bersumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang dijangka pada 20 Januari 2021.
2. SIDNEY POWELL Gambar: Tom Williams/CQ-Roll Call,Getty Images
Pada hari Jumaat yang lalu, Twitter telah menggantung akaun Sidney Powell, peguam Trump yang bertanggungjawab membuktikan tuduhan Trump mengenai berlakunya penipuan pada pilihanraya Amerika Syarikat baru-baru ini. Powel telah dituduh menyebarkan berita palsu mengenai Dominion Voting Systems, yang merupakan pembekal sistem pengundian elektronik dalam cubaan Powel untuk mengubah keputusan pemilihan Presiden 2020. Berikutan tuduhannya itu, Powel telah disaman sebanyak USD 1.3 Billion.
3. STEVE BANNON Gambar:Getty Images
Pada hari Jumaat yang lepas, YouTube telah bertindak membuang hantaran "Live Podcast"" Steve Bannon "War Room" atas alasan melanggar terma syarat servis YouTube. Di dalam "Live Podcast itu, peguam peribadi Trump, Rudy Giuliani telah muncul dalam hantaran itu sebelum dikenakan sekatan. Giuliani dalam "podcast" itu menyalahkan parti Demokrat untuk rusuhan Capitol yang tercetus. Twitter juga turut menyekat Bannon pada November tahun lepas, yang merupakan bekas perancang strategi untuk White House setelah dia menghantar ciak supaya Dr Anthony Fauci dilucutkan jawatan.
4. MICHAEL FLYNN Saul Loeb/AFP, Getty Images
Bekas penasihat keselamatan kebangsaan Michael Flynn turut disekat dari Twitter pada awal minggu ini. Flynn melalui laman Twitternya telah menggesa Trump untuk menggunakan "Martial Law" bagi menggubal keputusan pilihanraya pemilihan Presiden.
Join our Telegram Channel