Polisi terbaru moratorium bank mengarut - Penganalisis Politik - MalaysiaUnfold

Breaking

Thursday, January 28, 2021

Polisi terbaru moratorium bank mengarut - Penganalisis Politik

Kuala Terengganu - "Polisi moratorium bank kali ini sangat mengarut. Yang diminta adalah penangguhan bayaran. Yang ditawar adalah tangguh sementara tapi tempoh pinjaman dipanjangkan. Ini dah macam refinancing (pembiayaan semula)."
Kenyataan dibuat oleh seorang penganalisis politik terkenal, Saudara Abdul Rahim Hilmi Zakariya di facebook beliau


Menurut beliau, moratorium ini penting sebab ansuran pinjaman adalah antara segmen paling besar dalam kos operasi syarikat dan perbelanjaan isi rumah bulanan.

"Ingat tak saya pernah sebut tentang lagging effect? Macammana kita tak terlalu terasa kelemahan polisi ekonomi PH pada tahun 2018 kerana pada tahun itu kita sedang mengalami suasana growth bagi tahun 2017."

Berikut adalah petikan penulisan beliau:

Kita hanya rasa PH ni tak guna bermula tahun 2019. Itu adalah saat kita mula merasa kelembapan ekonomi 2018.

Sama dengan suasana hari ini. Tahun lepas walaupun berlaku PKP yang panjang, masih banyak syarikat mampu bertahan disebabkan mereka masih mempunyai simpanan kesan growth 2019 yang masih positif.

Tetapi dengan kelembapan ekonomi tahun lepas ke paras negatif, sebarang arahan berkurung atau penutupan operasi kali ini akan membunuh terus operasi syarikat kecil dan sederhana sekiranya tiada bantuan daripada polisi kerajaan

Disinilah fungsi moratorium dan insentif gaji. Moratorium dan insentif gaji ini akan membolehkan syarikat mengurangkan kos operasi dan bertahan.

Islam mengajarkan kita konsep ekonomi ini di dalam Al Quran Surah Al Baqarah ayat 280:

وَإِنْ كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيْسَرَةٍ

Maksudnya: Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya

Apa maksudnya? Maksudnya moratorium lah. Penangguhan pembayaran hutang.

Moratorium bukanlah satu konsep daripada Barat. Tetapi ia sudah diajar di dalam Al Quran sejak 1400 tahun yang lalu.

Maha Suci Allah yang telah menurunkan kitab-Nya ini sebagai penyelesaian masalah manusia.

Tengku Zafrul wajar tegas dalam isu ini. Bank Negara fungsinya membuat polisi dan bank semua akan ikut. Bukannya bank buat-buat pandai dan kerajaan sekadar jadi pak turut.

Keuntungan purata sebelum cukai 10 bank utama di Malaysia adalah RM35 bilion setahun. Dan tidak ada satu pun bank yang rugi apabila moratorium automatik dilaksanakan selama 6 bulan tahun lepas.

Utamakan rakyat. Bukan konglomerat



Join our Telegram Channel
Telegram