Hari ini adalah hari bersejarah untuk negara apabila bekalan pertama vaksin Covid-19 tiba.
Pesawat Malaysia Airlines MH604 dihiasi Jalur Gemilang yang membawa kumpulan pertama bekalan vaksin COVID-19 Malaysia selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10 pagi tadi.
Vaksin Pfizer-BioNTech itu diterbangkan menggunakan pesawat Airbus 330-300 dikendalikan MABkargo Sdn Bhd (MASKargo) dari kilang Pfizer di Belgium, dengan penerbangan membawa vaksin itu berlepas dari Puurs dan transit di Lapangan Terbang Leipzig Halle, Jerman.
Ketibaan pesawat yang membawa 312,390 dos vaksin dengan penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) itu disambut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Bagaimanapun, seperti ada sesuatu yang tidak kena apabila hubungan Dr Noorhisham dan Dato Seri Dr Adham dilihat agak 'dingin' kerana Dr Noorhisham telah memotong (crop) imej Dr Adham di twitter beliau, manakala Dr Adham tidak membuat begitu.
Netizen mempersoalkan adakah hubungan kedua dua tokoh ini tidak berapa baik. Dr Noorhisham dilihat lebih menonjol berbanding Dr Adham kerana beliau lebih kerap muncul di kaca telivisyen manakala Dr Adham dilihat lebih kepada membuat kerja dibelakang tabir.
Bagaimanapun, netizen mengharapkan hubungan mereka terus baik demi kesejahteraan rakyat dan terus beganding bahu dalam memerangi pandemik Covid-19. -MU