Bendera jalur Gemilang yang dibuat seakan penjara yang memenjarakan Datin Sri Rosmah Mansor itu dikritik netizen kerana dsifatkan sebagai melampau.
Datin Sri Rosmah semalam telah diperintahkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Zain Mazlan untuk membela diri terhadap kes rasuah solar di Sarawak.
Menurut Pakar sejarah, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam menegaskan individu yang menghina jalur gemilang tidak layak menjadi warganegara Malaysia. Individu yang menghina Jalur Gemilang wajar dilucutkan kerakyatan boleh menjatuhkan maruah bendera yang disanjung tinggi dalam negara.
Ramlah berkata tindakan itu antara satu cara untuk mengganggu gugat kedaulatan negara dan boleh dilabel sebagai pembelot.
Di negara kita, ada beberapa akta yang boleh digunakan ke atas mereka yang menghina Jalur Gemilang iaitu Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 dan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Akta itu diwujudkan untuk mengawal penggunaan 'Lambang-Lambang Kebangsaan'. Berdasarkan Seksyen 3 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, seseorang yang menjual atau menggunakan Jalur Gemilang atau apa-apa tiruan yang serupa dengannya bagi tujuan perdagangan dan perniagaan atau menggunakannya di dalam cap dagangan tanpa mendapat keizinan bertulis menteri boleh didakwa.
Berdasarkan Akta A1525 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan 2017) pada Fasal 2 berkaitan penggantian Seksyen 5 bagi Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) menetapkan jika disabitkan kesalahan seperti di bawah Seksyen 3, maka seseorang itu boleh dikenakan denda sehingga RM12,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
Selain itu, Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan 1948 juga ada memperuntukkan hukuman berkaitan kesalahan menghina lambang kebangsaan. Pada 2013, kerajaan cuba memperkenalkan kesalahan berkaitan bendera kebangsaan melalui Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013. Fasal 5 'Rang Undang-Undang' itu antara lain menggariskan hukuman penjara mandatori 15 tahun dan denda untuk kesalahan memijak Jalur Gemilang atau apa-apa bendera negara lain dengan niat untuk menghina. Bagaimanapun, fasal terbabit digugurkan daripada rang undang-undang itu selepas ia dibahaskan pada bacaan kali kedua.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata mengambil contoh negara jiran Thailand yang mengenakan hukuman berat terhadap mereka yang menghina negara termasuk raja, beliau berkata tindakan tegas seperti itu akan memberikan pengajaran kepada semua pihak.
Zahidi berkata, hukuman berat itu akan mampu memberi pengajaran kepada masyarakat untuk tidak mewujudkan keadaan tidak harmoni seperti menghina Jalur Gemilang dan Jata Negara apabila mereka berasa tidak puas akan sesuatu.
Join our Telegram Channel