Mukhriz Mahathir dan isteri lepaskan saham majoriti OPCOM - MalaysiaUnfold

Breaking

Thursday, February 11, 2021

Mukhriz Mahathir dan isteri lepaskan saham majoriti OPCOM

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir telah melupuskan sebanyak 24.6 juta saham biasa dalam Opcom Holdings Bhd, sekali gus melepaskan kedudukannya sebagai pemegang saham utama syarikat itu.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Khamis, Opcom berkata, pelupusan itu dilakukan melalui dua urus niaga perniagaan langsung pada 10 Februari.

Dalam satu kenyataan yang berasingan, isteri Mukhriz, Datin Norzieta Zakaria turut melepaskan pegangan saham utama dalam Opcom.

Ia dibuat selepas syarikat milik Norzieta, M Ocean Capital Sdn Bhd menjual sebanyak 18 juta saham melalui pasaran terbuka pada Rabu. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/123537/BERITA/Nasional/Mukhriz-isteri-lepaskan-pegangan-saham-utama-Opcom © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Join our Telegram Channel
Telegram