Jumlah undi dan komposisi kaum dalam data ini adalah daripada 6 kerusi yang dimenangi PPBM pada PRU14. Kerusi-kerusi ini adalah kerusi tempur yang mana komposisi kaum adalah seimbang mengikut komposisi kaum di Malaysia secara amnya.
Kerusi kerusi selamat milik DAP, UMNO, PAS tak perlu kita bincangkan kerana kebarangkalian adalah tinggi untuk mereka kekalkan kerusi tradisi itu. Kerusi kerusi tempur seperti yang 6 ini adalah “game changer”.
Dalam simulasi ini, ada beberapa anggapan yang dilakukan. Pertama undi penyokong PAS terbahagi 50/50 antara UMNO dan PPBM. Kedua, undi kaum Cina kekal 95% kepada PH. Ketiga, undi kaum India dinaikkan kepada 85% kepada PH dan bakinya terpecah 50/50 untuk UMNO dan PPBM. Keempat, 15% orang Melayu sebagai “fixed deposit” untuk PH. Maka semua anggapan ini membentuk “constants” atau pemalar yang aku kira “reasonable”. Sudah tentu ia boleh didebatkan tetapi aku tak fikir ia akan lari terlalu jauh.
Variable yang paling penting pada PRU15 adalah peratus sokongan orang Melayu kepada UMNO seperti graf di bawah. Di sini kita lihat zon bahaya untuk orang Melayu adalah apabila orang Melayu memberi sokongan kepada UMNO antara 31% hinggi 54% sahaja. Aku namakan ini “lembah maut” kerana jika sokongan orang Melayu kepada UMNO jatuh dalam julat 31%-54% maka PH akan memenangi PRU15. Maka, orang Melayu perlu membuat keputusan yang ekstrem pada PRU15, sama ada untuk benar benar menyokong UMNO atau benar benar menyokong PPBM.
Secara realistiknya, untuk PPBM rally undi Melayu nasionalis supaya UMNO hanya dapat undi Melayu kurang dari 31% adalah sangat sukar kerana PPBM tidak ada akar umbi yang kuat seperti UMNO. Maka, kerana ini kita boleh lihat betapa tidak senangnya kepimpinan PPBM kepada keputusan MKT yang dibiar rahsia dan mereka mahu tahu halatuju UMNO pada PRU15.
Kebarangkalian paling tinggi adalah kemenangan kepada PH atau UMNO/BN kerana kedua dua parti ini ada akar umbi yang kuat dan jelas. Tidak mustahil UMNO boleh menang tetapi syaratnya adalah UMNO perlu melakukan sesuatu yang drastik. Aku ada bercakap dengan rakan rakan UMNO dan jelas bagi aku orang dalam UMNO berada dalam mimpi dan mereka mungkin melakukan kesilapan yang lalu ketika BN tumbang pada 2018.
Perkara paling penting adalah kita mesti mengetahui hal sebenar dan bagaimana sentimen rakyat kepada parti dan kepimpinan parti. Kena tahu “root cause” dan jujur kepada diri sendiri sebelum boleh selesaikan masalah itu.
Kesilapan tidak boleh berlaku, kerana jika kesilapan berlaku, kerusi-kerusi yang sepatutnya milik Melayu ini, akan tumbang kepada “Melayu jadian” PH yang hanya menjadi agen DAP. Maka, jika ini terjadi, tiada apa yang boleh dilompatkan pun antara blok blok Melayu kerana kerusi kerusi ini telah tewas kepada PH, padahal ia sepatutnya “safe deposits” Melayu nasionalis.
Rizwan Rozlan, penganalisis politik yang menuntut di Imperial College, London.
Sumber: FB Rizwan Rozlan
Join our Telegram Channel