Kes Rasuah Azeez Rahim: Dana jutaan ringgit untuk misi kemanusiaan Kelab Putra 1Malaysia - Saksi - MalaysiaUnfold

Breaking

Monday, March 15, 2021

Kes Rasuah Azeez Rahim: Dana jutaan ringgit untuk misi kemanusiaan Kelab Putra 1Malaysia - Saksi

Kuala Lumpur - Kes AMLA melibatkan Datuk Seri Panglima Azeez Rahim disambung semula di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur. Kes ini berkaitan tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram.
Saksi yang dipanggil pagi ini adalah Datuk Abdul Latif Rahim iaitu abang kepada DSP Azeez sendiri. Sebelum ini Latif telah dituduh bersubahat dengan DSP Azeez tetapi pertuduhannya digugurkan setelah bersetuju untuk menjadi saksi pendakwaan.

Azeez bersama Perdana Menteri Palestin, 2012

Hisyam Teh Poh Teik mengetuai pasukan pembelaan menyoal Latif tentang misi misi kemanusian oleh DSP Azeez dari tahun 2010 sehingga 2018 kerana perbelanjaan dan dana berkaitan misi misi ini dikaitkan dengan rasuah yang diterima dari syarikat Menuju Asas Sdn Bhd dimana beliau adalah penasihat kepada syaraikat tersebut.

Saksi mendedahkan DSP Azeez sepanjang tahun 2010 sehingga 2018 telah banyak terlibat dengan misi misi kemanusiaan didalam dan luar negara yang boleh dianggap mustahil dan berbahaya bersama Kelab Putra 1Malaysia. Antaranya,

1. Misi Bantuan Kemanusiaan kepada penduduk & anggota keselamatan di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013 kerana serangan puak militian Sulu,

2. Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia ke GAZA pada tahun 2010,

3. Misi Membawa Pulang 8,341 rakyat Malaysia Di Dari Mesir pada tahun 2011,

4. Misi Membawa Pulang Puan Rosnah Shariff, 43 mangsa kes sindiket dadah di Peru.

5. Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia ke Haytai, Thailand membawa rakyat Malaysia pulang akibat Letupan Bom, 2012,

6. Misi membawa pulang peniaga Cicak Tokek Nasaruddin telah di culik pada 2011 oleh lanun di Kepulauan Jolo, Filipina.

Ini adalah sebahagian kecil dari misi misi kemanusiaan Kelab Putra 1Malaysia diketuai DSP Azeez yang melibatkan kos yang amat tinggi sekali. Ia sendiri diakui oleh saksi apabila disoal oleh peguam pembelaan.

Seperti contoh, Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia ke Filipina bagi membantu rakyatnya dari bencana alam Taufan Haiyan, November 2013.

KP1M menghantar seramai 15 petugas media, 12 sukarelawan dan orang 11 doktor ke Filipina melaksanakan misi ini. Sebanyak 11 tan barangan keperluan asas seperti makanan dan pakaian serta 3 tan ubat-ubatan, peralatan hospital serta bantuan kemanusiaan lain akan dibawa ke sana. Kos tersebut melibatkan RM 2.37 juta kerana menurut saksi kapal yang digunakan adalah sangat besar.

Disamping itu, Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia & Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia ke GAZA, Palestine (‘2nd Wave Road to Gaza’). Seramai 64 sukarelawan membawa 4.2 juta tan ubat-ubatan, peralatan, dan perkakasan yang diminta badan-badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Bulat Sabit Merah yang mahu bekerjasama dengan KP1M.

Kos yang dianggarkan bagi menjayakan misi bantuan ialah sebanyak RM6.15 juta.

Dan, DSP Azeez juga dianggap berani mati kerana mengetuai misi menyelamatkan dua rakyat Malaysia yang diculik Abu Sayyaf di Filipina. Lima rakyat Malaysia diculik lebih lapan bulan di Filipina yang berasal dari Sabah pada 2017.
Fakta yang dikemukan oleh saksi turut menarik perhatian mahkamah apabila mengakui pemilik syarikat Menuju Asas Sdn Bhd, Dato Mohammad Redzuan Mohanan Abdullah “menyerahkan” dua anak kesayangannya kepada DSP Azeez untuk sama sama terlibat dalam beberapa misi kemanusiaan di seluruh dunia kerana percaya akan kemampuan DSP Azeez.

Sebelum sesi hari ini berakhir, peguam bertanya kepada Latif adakah dia percaya wang yang diterima oleh Azeez untuk misi misi ini dianggap sebagai rasuah atau menggubah wang haram, saksi menjawab,

“Tidak.” Perbicaraan bersambung esok.

Sumber: FB Rf Lias

Join our Telegram Channel
Telegram