Audio Ahmad Maslan: Tun Faisal mangsa politik UMNO Putrajaya? - MalaysiaUnfold

Breaking

Sunday, April 11, 2021

Audio Ahmad Maslan: Tun Faisal mangsa politik UMNO Putrajaya?

Ahmad Maslan menerima surat rayuan Tun Faisal



Tersebar rakaman audio, mirip suara Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.
Audio berdurasi 55 saat, SUA Umno bercakap tentang kes Datuk Tun Faisal Ismail Aziz (TF), Timbalan Ketua Umno Putrajaya. Transkrip audio:

Datuk  Tun Faisal



"Keputusan disahkan MKT, keputusan siapa? Ia Lembaga Disiplin. Baca Perlembagaan Umno, tentang Tataetika Umno, bukak Perlembagaan. Tak boleh membuat public statment, kenyataan di luar jika ia menjejaskan nama parti. Ada dalam perlembagaan.. dalam media sosial pun tak boleh la... Tetapi telah diambil tindakan ke atas SUA beliau.. Walaupun dia,.. Tun Faisal merayu.

Di antara sebab kerana Ketua-Ketua Cawangan Putrajaya yang Tun Faisal adalah Timb. Ketua Bahagiannya. Mereka yang menghantar surat kepada Lembaga Disiplin Umno.." "Ooooo.. (hadirin sampuk)"






Berdasarkan audio ini, Tun Faisal yang digantung keahlian 6 tahun, jelas berlaku penganiayaan dan kes itu membabitkan Umno Bahagian Putrajaya. Percakapan audio daripada SUA Umno telah mengesahkan Tun Faisal menjadi mangsa politik bahagian dan kes ini sebenarnya tiada kaitan isu mengkritik Presiden.

Menurut sumber, TF dipanggil Lembaga Disiplin Umno susulan aduan dibuat oleh Ketua Umno Bahagian, Ku Nan sendiri memaksa Ketua-Ketua Cawangan tandatangan aduan dan mendakwa kenyataan TF memfitnah Presiden. Bagaimana MKT mengesahkan keputusan oleh Lembaga Disiplin Umno ketika orang yang buat aduan (Ku Nan) turut serta bermesyuarat selain ahli MKT langsung tidak diberikan fakta kes?

Timbul persoalan, adakah konspirasi ini dibuat untuk menghalang Tun Fasal dari bertanding pemilihan Ketua UMNO Putrajaya nanti? Desas desus Tengku Adnan tidak dapat mempertahankan jawatannya selepas disabitkan bersalah dalam kes rasuah RM 2 juta bertiup kencang.

Umno telah mengambil keputusan menggantung keahlian Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz (gambar atas) selama enam tahun dan dijangka akan membincangkan tindakan keluar dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) serta merta dalam perhimpunan agung tahunannya hari ini.

Surat pemakluman keputusan pergantungan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Umno pada 27 Mac 2021, selepas mesyuarat MKT ketika Persidangan Agung Pemuda, Wanita dan Puteri sedang berlangsung. -MalaysiaUnfold


Join our Telegram Channel
Telegram