Turut menjadi tumpuan adalah keputusan penarikan diri menteri menteri UMNO didalam kerajaan Perikatan Nasional sekarang. Perwakilan memutusakan bahawa keputusan ini diserahkan kepada MKT dan Presiden ketika PAU2020 tempoh hari.
Isu lain adalah kes Dato Tun Faisal Ismail Aziz, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya yang digantung keahlian selama 6 tahun. Beliau mendakwa dianiaya kerana aduan ke atasnya telah ditandatangan Ketua-Ketua Cawangan setelah mereka diugut Ketua Umno Bahagian Putrajaya, malah Ketua-Ketua Cawangan telah diberikan RM100 setiap seorang selepas tandatangan aduan ke atas TF menurut sumber.
"Apakah mengkritik Presiden atau mana-mana pemimpin UMNO sudah menjadi satu kesalahan lebih besar dari mensabotaj parti dalam PRU?" soal seorang penganalisis politik, Ab Jalil Backer.
Selain itu, turut dinanti adalah keputusan untuk mengadakan pemilihan parti. UMNO dijangka akan menangguhkan pemilihan parti sekiranya Tokmat Hasan dinamakan calon Perdana Menteri bagi mengelakan perpecahan dalaman parti yang dilihat semakin meruncing.
“Saya tidak mahu mendedahkan dalam bulan puasa ini. Namun saya akan dedahkan selepas raya nanti jika pemilihan parti ditunda.”
“UMNO parti yang kuat, saya tidak mahu merosakkan parti. Namun jika tiada pilihan, saya akan buat. Jika pemilihan diadakan saya mungkin tidak perlu dedahkan.”
Sahidan turut melahirkan rasa kecewanya kerana dituduh ejen Bersatu sedangkan beliau mematuhi keputusan parti mengadakan kerjasama dengan kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan.
“Sebaliknya yang terang-terang langgar keputusan parti sebelum ini dengan menyokong Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri tidak dikenakan sebarang tindakan disiplin.”
Shahidan turut menggesa ahli MKT UMNO untuk menjadi berani dalam menjaga kepentingan parti. -MalaysianUnfold
Join our Telegram Channel