“Anwar adalah pengerusi PH. Jika terdapat mana-mana pihak atau gabungan mahu bekerjasama dengan kita, perlu terdapat terma dan syarat dan parameter tentang bagaimana untuk bekerjasama.”
Loke berkata, walaupun PH tidak akan menyerahkan kerusinya kepada Umno jika parti itu menjadi kuasa ketiga pada PRU15, gabungan itu masih terbuka untuk bekerjasama dengan pihak lain selepas pilihan raya.
Katanya ini kerana pertembungan tiga penjuru bermakna tidak ada pemenang yang jelas.
“Politik penuh dengan dinamik. Anda tidak boleh tolak kemungkinan itu. Jika tiada pemenang jelas dalam keputusan pilihan raya akan datang, penyelesaian harus dicari. Negara tidak boleh dalam keadaan tidak jelas,” katanya.
“Jika tiada pemenang jelas, anda perlu cari jalan untuk wujudkan kerajaan yang stabil.”
Apabila ditanya apakah PH akan menubuhkan kerajaan dengan Umno, Loke berkata: “Ia bergantung kepada keputusan pilihan raya.”
Loke tidak bersetuju dengan kenyataan mencari sekutu untuk menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya menunjukkan pembangkang hanya mahu berkuasa.
“Tidak. Pertama kami pernah dikhianati. Sentimen dalam PH adalah kita tidak boleh bekerjasama dengan pengkhianat, mereka yang mengkhianati kita. Kita tidak mungkin mempercayai mereka lagi,” katanya merujuk kepada Bersatu yang meninggalkan gabungan PH tahun lepas.
Katanya, PH tidak dapat meramalkan sama ada gabungan itu akan “dikhianati” lagi oleh sekutu baru.
“itu adalah sesuatu yang tidak dapat kita ramalkan, tetapi apa yang kita pasti, mereka yang mempunyai rekod mengkhianati kita, kita tidak mungkin akan bekerjasama,” katanya.
Kerajaan PH tumbang disebabkan keputusan Bersatu meninggalkan gabungan itu Februari tahun lepas, untuk membentuk kerajaan baru dengan sokongan ahli-ahli Parlimen dari Umno, PAS, GPS dan beberapa ahli Parlimen PKR yang meninggalkan parti itu.
Pemimpin tertinggi Umno bagaimanapun baru-baru ini membuat keputusan untuk bergerak sendirian pada PRU15. Presiden UMNO, Dato Ser Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam PAU2020 menyatakan, "NO ANWAR, NO DAP NO BERSATU". Tetapi desas desus perkara itu hanya retorik apabila bocor rakaman perbualan telefon mirip suara Zahid dan Anwar Ibrahim mengenai "taktikal UMNO" serta adanya usaha kearah jajaran baru politik.
Zahid menafikan perkara itu dan berikrar akan membuat laporan polis menegnai perkara itu dalam satu kenyataan rasmi. Bagaimanapun, sehingga sekarang laporan polis belum dibuat dipihak beliau.
Join our Telegram Channel