Dalam satu kenyataan Sanusi, Sanusi memberi alasan kerana PKP, makanya semua akan duduk di rumah.
Sebagai individu yang masih bekerja dan bekerja sejak dari PKP 1.0 lagi, nampak gayanya Sanusi terlepas pandang bahawa hakikatnya - tidak semua yang duduk di rumah.
Sila ambil maklum ya.
Masih ada banyak industri yang masih beroperasi, dan setiap industri ini ada pekerja-pekerjanya. BAYANGKAN bagaimana kecewanya pekerja-pekerja yang ditarik balik hak cutinya walaupun sehari setelah menikmati cutinya selama bertahun-tahun?
Berhenti lah menjadi pemimpin yang melihat di zon selesa anda. Tidak semua berada di dalam zon selesa.
Kesan Covid19 ini ada macam-macam kesannya. Dan tidak kurang juga kepada mereka yang masih bekerja. Hari ini, tanpa sedar, setelah berlakunya aktiviti pengurangan pekerja, jangan kita nafikan adanya majikan-majikan yang mengambil kesempatan memeras keringat pekerja-pekerja secara maksium dengan bayaran gaji yang sama taktala keadaan ramai pekerja yang terdesak untuk menjamin pekerjaan.
Dan mereka ini pastinya mengharapkan cuti yang satu. Nampak remeh untuk Sanusi, tetapi satu hari rehat ini adalah berharga untuk mereka ini!
Agak sedih hari ini, apabila bukan majikan yang bertindak tanpa empati tetapi kerajaan negeri itu sendiri.
Dan tambah menyakitkan hati apabila Muhammad Sanusi memberi kenyataan yang agak kurang tepat mengenai cuti peristiwa di Kedah dengan mengatakan TIADA cuti peristiwa untuk Thaipusam di Kedah sejak sebelum merdeka sedangkan ada cuti peristiwa yang diberi.
Ingat ya.
Pada 2014, apabila kerajaan BN mengambil alih dari kerajaan PAS (2008 - 2013), kerajaan BN menyedari akan kepentingan cuti perayaan Thaipusam kepada masyarakat India.
Dan oleh itu, telah bersetuju untuk memberi cuti peristiwa Thaipusam setiap tahun kerana cuti umum yang digazetkan telah memenuhi kuota yang dibenarkan. Boleh baca disini.
Jadi, para pemimpin.
Berhenti lah menggunakan alasan yang lalu untuk justifikasi tindakan hari ini.
Berhenti lah memandang remeh hal seperti perihal cuti kepada rakyat.
Berhenti lah berhujah tanpa rasa empati kepada rakyat.
Kerana di kala krisis, hanya kepada kerajaan yang rakyat mampu harapkan untuk menegakkan polisi-polisi sosial.
Penulis adalah pemerhati politik, Saudari Nur Zaini
Join our Telegram Channel